Gunting rambut
Perniagaan 'mati' berusaha untuk hidup
Satu ketika dulu ia jadi tempat maksiat, salun uniseks kini ambil tempat kedai gunting rambut

Kedai gunting rambut memang banyak di Sabah dan perniagaan ini pesat sehinggalah pada tahun-tahun 1980an, apabila mereka mula kehilangan pelanggan kepada salun dandanan rambut uniseks yang lebih trendy. Hari ini, ada 10 lagi kedai gunting rambut yang tinggal di Kota Kinabalu. Mereka masih memberi khidmat kepada sebilangan kecil pelanggan yang setia iaitu kanak-kanak dan lelaki tua. Namun masa depan mereka agak suram. Tukang gunting rambut menjadi semakin sedikit kerana ramai lelaki kini memilih untuk didandan dengan sentuhan pereka rambut yang seksi.
Apabila salun uniseks bermula 35 tahun yang lalu, mereka bukannya apa mereka hari ini. Kebanyakannya dulu adalah tempat untuk tujuan pelacuran. Wanita muda dengan sedikit pengalaman dalam dandanan rambut diupah oleh tukang gunting di salun mereka yang turut memberi khidmat mengurut. Kumpulan tukang rambut 'girlie' inilah tukang urut yang menawarkan lebih daripada hanya mengurut badan belakang.
"Perniagaan kami tidak terjejas akibat mereka," kata Lee Chee Yen, 41, yang mewarisi kedai gunting rambut Mei Mei daripada bapanya Shu Kyong, 76. "Wanita-wanita ini tidak tahu melakukan kerja-kerja dandanan yang baik. Jadi, masih ramai lelaki datang minta gunting rambut di sini."
Wanita juga tidak minta rambut mereka dicantikkan di salun uniseks pada masa itu. Mereka kekal bersama pendandan tradisional yang hanya mendandan rambut wanita. Kini, sukar mencari siapa yang tidak menggunting rambut lelaki. Ada 356 salun uniseks di Kota Kinabalu, menurut dewan bandaraya.
Perniagaan Kedai Chee Yen di Kampung Air di tengah-tengah Kota Kinabalu, menurun sejak 20 tahun yang lalu dengan salun uniseks, semakin mendapat sambutan, hingga menyaingi perniagaannya. Kini kedainya tinggal separuh daripada saiz asal, di mana bapanya memulakannya pada 1964 dengan hanya RM12,000.
Lelaki muda, berusia 20an dan awal 30an, lebih suka gunting rambut di salun uniseks di mana pendandan rambut cantik dan terlatih boleh memberi stail terbaru. Dengan upah RM20, mereka boleh membuatkan pelanggan kelihatan seperti idola skrin. Menggunting rambut sekarang lebih daripada hanya membasuh dan mencukur. Dengan RM200 atau lebih, boleh meminta rambut diwarnakan, kemudian mencuci muka, merias kuku, bersihkan telinga dan urutan badan yang melegakan.
Mei Mei mengenakan di antara RM5 dan RM8 untuk gunting rambut bagi mereka yang tidak mahu kelihatan seperti Brad Pitt atau David Beckham. Ia tidak banyak menawarkan khidmat lain selain daripada mencukur, membasuh, mewarna dan membersih telinga. Ia ada lima tukang gunting rambut berusia di antara 40 dan 55 tahun dan takut kehilangan mereka.
"Hari itu akan datang apabila kami terpaksa tutup kedai apabila tukang gunting saya dan saya bersara," kata Chee Yen. "Anak lelaki saya berusia 13 tahun tidak minat dalam perniagaan ini. Anak-anak muda tidak suka mahu menjadi tukang gunting rambut."
Untuk sebab yang baik, pendapatan rendah dan keadaan persekitaran kerja yang teruk tidak menggalakkan golongan muda membabitkan diri dalam perniagaan ini. Tukang gunting mendapat di antara RM1,500 dan RM2,000 sebulan dalam skim kongsi pendapatan. Kedai akan mengambil di antara 35 peratus dan 40 peratus pendapatan kasar. Tukang gunting perlu membeli alat mereka sendiri seperti klip dan pencukur. Tempoh kerja juga lama iaitu 10 hingga 12 jam sehari. Untuk mendapat lebih, seorang tukang gunting mesti ada pelanggan. Mengambil cuti sehari bermakna tiada pendapatan pada hari itu. Mereka tidak diberi cuti umum, cuti tahunan, faedah perubatan dan pencen. Ini bermakna, tukang gunting bukannya pekerja tetapi kontraktor
Shu Kyong berkata, pada hari baik pada tahun 1970an, tukang gunting boleh mendapat kira-kira RM3,000 sebulan. Ketika itu kos gunting rambut hanyalah kira-kira RM5, secawan kopi ialah 40 sen dan surat khabar pula dijual hanya 20 sen senaskah.
Pun begitu, bukan semuanya hilang. Wong Sing Sheng, 19, belajar kursus mendandan rambut selepas tamat tingkatan lima di sekolah Kian Kok. Dia tamat pengajian sebagai pendandan selepas enam bulan belajar di De.Art School of Hair Dressing and Salon. Dia bekerja sebagai tukang gunting rambut di kedai bapanya di Gaya Street Kota Kinabalu.
"Pekerjaan ini menarik," kata Sing Sheng. "Saya dapat banyak kepuasan darinya dan saya amat bangga apabila pelanggan gembira dengan hasil kerja saya.'
Malah, bapa Sheng mahu menghantarnya dan abangnya ke De.Art untuk belajar bagaimana menggunting rambut lelaki dan wanita. Abangnya bekerja dengan bapanya sejak sembilan tahun lalu. Kedua-dua mereka lebih suka bekerja sebagai tukang gunting rambut daripada menjadi pereka stail rambut yang glamour di salun uniseks, di mana mereka boleh mengubah wanita hodoh kelihatan seperti Kristin Cavallari atau mendandan seperti gaya Michael Jackson.
"Wanita dan pelanggan muda cerewet," keluh Sing Sheng.
Sepupunya, Fan Ming Chung, 24, juga menjadi tukang gunting rambut selepas tamat latihan di De.Art yang mengenakan yuran RM1,500 untuk menjalani kursus selama enam bulan. Yuran di lima sekolah lain ialah di antara RM4,000 dan RM7,000.
Anak-anak muda seperti Sing Sheng belajar dandanan rambut lebih untuk seninya. Tetapi jumlah mereka tidak ramai. Namun, minat dalam dandanan rambut di Kota Kinabalu semakin mendapat sambutan kerana ia glamour dan pendapatan lumayan salun uniseks. Pereka stail rambut yang popular boleh mendapat lima dan 10 kali ganda pendapatan berbanding tukang gunting. Populariti juga boleh diraih dari mulut ke mulut. Pereka rambut yang mahir amat laris.
Bagi Michael Cheng, 41, yang datang dari Sarawak, perniagaan sebagai tukang gunting berada dalam keluarganya. Datang daripada generasi ketiga gunting rambut, dia sudah berada dalam perniagaan ini sejak 20 tahun lalu.
"Anak perempuan saya yang sulung dan masih berada di sekolah menengah menunjukkan minat mendandan rambut," katanya. "Saya tidak kisah jika dia mahu jadi tukang gunting. Kami daripada keluarga tukang gunting dan saya bangga dengannya. Ia lebih daripada hanya membuat duit. Ia satu seni."– Insight Sabah
– Laporan oleh Ng Jia Xiang
Related Stories:
Diterbitkan pada November 21, 2009
-
I encourage more companies in Malaysia to do likewise by playing a bigger role in conservation, as it is only through our collective efforts, that we will be able to pass on a beautiful country to our future generations.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman congratulated Astro for taking the initiative to organise the record breaking under water clean-up.
-
We know of the people's aspirations... They want development so as to raise their quality of life. This is our struggle, we want to ensure progress for the people.
UMNO Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin speaking to the Sandakan community at the 'An Afternoon with the Deputy Prime Minister' event yesterday.
-
Do not take for granted the support given by the people. We, the elected representatives, must work hard to ensure the promises we made during the 13th general election are implemented accordingly.
The newly reappointed Sabah Chief Minister, Datuk Seri Panglima Musa Aman, speaking at a thanksgiving ceremony held at Sandakan's Sri Libaran Hall on May 16th recently.
-
Sabah is blessed with a wealth of natural treasures and for this reason, it is everyone’s responsibility to work together and do their part in keeping our streets, parks and beautiful beaches clean for all to enjoy.
Kota Kinabalu City Mayor Datuk Abidin Madingkir commenting on the Quality Environmental Practices Certification(5S) report presented by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) to the Cleanliness and Environmental Health Department (JKKP) of KK City Hall yesterday.
-
Change is already taking place and change from within is what the government has done.
Prime Minister Datuk Najib Tun Razak referring to the success of the National Transformation Program that has already changed the nation for the better.
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sabah Division provides free consultation to all workers.
Details: call
Simon at 013-8665897,
Catherine 013-8503039 or
Chang 016-5836670.
Sabah Government Pensioners Association
Sabah Government Pensioners Association - membership recruitment exercise and pensioners problem 9.30am - 1.30pm (Tues-Fri, except public holidays) at Maksak Likas.
Details:
Dennis 016-8189110,
Dr Epin 019-8101937 or
Joe Jominol 013-8692888.
Hospital visitors board of QEH
A helpline for patients and visitors.
Please direct all enquiries or complaints to: +60 88 517555, +60 88 214866 or email: ckmalph@gmail.com
KK AIDS support services Association (KASIH)
Helpline and free voluntary HIV screening tests (except Sunday & public holidays). Confidential and free. Results in 10 to 15 minutes.
Details at +60 88 224600 (Cecelia).
Breast cancer support group, Sabah Family Planning Association
Counselling and mutual support for cancer patients and their families.
Details: +60 19 8819603,
+60 88 224408 (Bhabra),
+60 16 8155212, +60 16 430341 (Kim) or
+60 19 8101826, +60 19 210570 (Lucilla).
The Cancer Society of Sabah
provides hospice, cancer awareness, education, rural health services. Counselling and advice. Consultant gynaecologist available.
Details: +60 88 210377, +60 88 222315.
FAMA Pasar Tani
at Asia City A flea market where you can buy vegetables, fish, sugar cane juice and many other agricultural produce. Open from 6 a.m. to 5 p.m. every Wednesday and Saturday. All are welcome.
Details: +60 13 5555451 (Wasri).
Malaysian Red Crescent Sabah Branch
Introduction to First Aid and CPR. Open to the public. Every third week of the month (Sat-Sun).
Details: +60 88 242648, +60 88 240776 (Fax) or email mrcssb12@gmail.com.
Fully sponsored training courses
Fully sponsored training courses on
* ICT (40+ courses)
* Microsoft Certified IT Professional(MCITP)
* Cisco Certified Network Associates(CCNA)
* Language Courses (English/Korean/Japanese/Mandarin)
By Ministry of Resource Development & Information Technology.
For more details, please click here.




