Penjagaan paliatif

<i>Presiden PCA Margaret Lim menunjukkan kepada Ketua Menteri Datuk Musa Aman sebuah lukisan hasil karya artis tempatan Duzlkifli Abdul Rahman.</i>

Rumah pesakit tenat makin sesak

Persatuan minta RM2 juta perbesar premis

Oleh Wendy Radin
Gambar Oliver Majaham

<i>Victor Paul</i>Ia bermula pada 1995 dengan empat katil untuk membantu pesakit barah menghabiskan sisa hidup penuh bermakna dan dengan maruah. Maka itu lahirlah unit penjagaan paliatif pertama Malaysia di hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Sejak itu ia menjadi model bagi yang lain di negara ini. Enam katil kemudian ditambah pada tahun berikutnya dan Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu didaftarkan sebagai organisasi kebajikan pada 1998. Kini, ia mahukan RM2 juta untuk memperbesarkan Rumah PCA sebab ia kini menjadi terlalu kecil untuk melengkapkan hospis kerajaan.

Persatuan itu memberi penjagaan paliatif percuma kepada pesakit. Kebanyakan kerja-kerjanya memberi fokus kepada penjagaan rumah: membantu mereka menghadapi kesakitan dan penderitaan emosi dan menerima kenyataan dengan penyakit yang dihidapi. Ia bukan untuk memanjangkan usia mereka atau mempercepatkan pemergian mereka, kata presiden PCA Margaret Lim. Di pusat penjagaannya, pesakit dibantu untuk mengetahui apa yang mereka terlepas dalam kehidupan; seperti belajar untuk melukis atau menikmati kegiatan mudah seperti mendapatkan rawatan kuku tangan dan kaki, urutan, menari, menyanyi dan bergaul dengan kawan-kawan sambil minum kopi atau makan tengahari.

<i>Dari Carpenters of Kempsey: Penyanyi dari Australia Sasha Smith dan Darren Mapes menghiburkan tetamu di majlis makan malam amal.<i>Lim, jururawat terlatih dan bidan berkata, permintaan untuk penjagaan paliatif meningkat. Persatuannya menghabiskan sebanyak RM400,000 setahun untuk menjaga 60 pesakit yang uzur bukan saja disebabkan barah tetapi juga penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Kebanyakan wang yang diterima datang daripada penderma tetapi tahun lalu, ia menerima RM295,000 daripada kementerian kewangan dan geran lima tahun sebanyak RM160,000 daripada kementerian kesihatan.

Di majlis makan malam amal bulan ini, PCA mengutip RM397,000: RM320,000 daripada jualan makan malam dan selebihnya hasil melelong lukisan pelukis tempatan. Lim seorang perunding Pantai Fomema & Systems Sendirian Berhad berkata, ia adalah majlis mengutip derma terbesar yang diperolehi persatuannya yang kini ada penaung baru: Victor Paul, ketua pegawai eksekutif konsesi air Timatch Sendirian Berhad. Beliau membina taman rekreasi 7.5 hektar bernilai RM50 juta yang baru dibuka, di Tanjung Aru bagi kerajaan Sabah secara percuma.

<i>Rumah paliatif makin sesak.</i>

Pada 2001, kerajaan Sabah memberi kepada PCA dua rumah di Taman Rose, tidak jauh dari hospital Queen Elizabeth di Jalan Penampang, yang dijadikan Rumah PCA dengan kos RM300,000. Ia ada pejabat, bilik persidangan, pusat penjagaan harian, stor untuk simpan ubat dan sebuah dapur.

Menurut Lim, Rumah PCA semakin sesak walaupun ia menjaga kira-kira 10 pesakit seminggu di pusat penjagaan hariannya. Ia mempunyai doktor sepenuh masa, lima jururawat, pegawai tadbir dan pemandu serta 30 sukarelawan.

PCA memerlukan bangunan dua tingkat menempatkan lebih banyak kakitangan dan pesakit. Ia akan ada farmasi, bilik stor lebih besar, kemudahan latihan yang lebih baik dan ameniti lain seperti bilik sembahyang, kata Lim. Beliau masih menunggu kelulusan kerajaan untuk pelan memperbesarkan itu dan tugasan sukar untuk mengutip lebih banyak dana yang diperlukan. – Insight Sabah

Baca juga:
Rakyat Sabah dalam hati Najib

Diterbitkan pada April 27, 2011

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
Heart of Borneo International Conference

Heart of Borneo International Conference

View

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

View

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on