Seni dan budaya

Kekayaan seni purba cetus minat pelukis tempatan
Oleh Joy Akang dan Olivia Peter
Gambar oleh Victor Lo
Timbalan ketua menteri Datuk Dr Yee Moh Chai berasa teruja. Ini adalah kali pertama Sabah mengadakan pameran lukisan dakwat Cina selama tiga minggu di balai seni lukis di Kota Kinabalu yang akan tamat pada 28 April. Kira-kira 3,000 orang, termasuk 300 pelancong sudah mengunjunginya, di mana 95 lukisan karya 71 rakyat Malaysia dipamerkan. Dua artis dari semenanjung agak menonjol: Chong Chen Chuan, 66, yang menjual salah satu daripada lukisannya dengan harga RM400,000 di China dan Faridah Abdul Hamid Khan, 69, satu-satunya orang Melayu yang mendukung seni purba Cina yang bertarikh sejak dinasti Tang (618-907) lagi.

Menteri pembangunan sumber dan maklumat teknologi itu juga menyaksikan pelancaran Persatuan Lukisan Dakwat Cina Malaysia cawangan Sabah baru-baru ini. Ini katanya, adalah mercu tanda penting dalam pembangunan artis tempatan. Beliau berharap lebih ramai seniman, terutama pelajar, akan berasa digalakkan untuk belajar lukisan dakwat Cina - satu seni ekspresi yang ringkas yang menggambarkan seni tidak kelihatan dengan mengalihkan butiran yang tidak diperlukan. Ia memberi inspirasi artis moden di barat dan memberi pengaruh kepada falsafah mereka.
Lukisan itu memaparkan subjek Malaysia seperti orang utan, tumbuhan pitcher dan burung bangau putih yang terbang menyeberangi jalan raya di Kota Kinabalu serta hinggap di bulatan jalan.
Lukisan yang dipamerkan berharga di antara RM200 dan RM40,000. Lembaga kebudayaan Sabah membeli lukisan orang utan dengan harga RM5,000 daripada David Liew Chan Hua, 45, yang mempengerusikan persatuan lukisan dakwat Sabah. Seramai 22 orang Sabah turut menunjukkan hasil kerja mereka.
Chong, guru seni yang terkenal, menakjubkan tetamu pameran di hari pembukaan pada 7 April dengan menunjukkan kepada mereka kepakarannya. Beliau melukis bangau hitam; hanya itulah saja warnanya, menurut Dr Yee, yang digunakan dalam lukisan seperti itu sehinggalah seorang penyair Cina pada kurun kelapan. Wang Wei memperkenalkan warna hijau muda dalam lukisannya. Pada hari ini pelbagai warna digunakan.

Bangau tidak kelihatan sepertinya. Itulah intipati lukisan dakwat Cina: padanan bentuk dan warna yang sempurna tidak menjadi. Tujuannya adalah untuk memaparkan apa yang tidak kelihatan, merakam jiwa subjek seperti yang dibayangkan oleh artis.
Belajar sendiri ketika berusia 15 tahun, Chong menunjukkan lukisannya di galeri kebangsaan China sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga galeri yang menggunakan namanya di negara itu. Beliau mengetuai Persatuan Lukisan Dakwat Cina Malaysia.
Faridah adalah pelajar Chong dan dia salah seorang daripada pelukis dakwat Cina yang prolifik. Dia sudah menghasilkan 10,000 lukisan; iaitu kira-kira 10 sehari, katanya. Seorang suri rumah, Faridah yang berasal dari Brickfields di Kuala Lumpur mula melukis ketika usianya 50 tahun, hasil galakan saudara perempuan dan anak saudaranya. Dia mempunyai seorang anak perempuan, seorang pengurus di bank CIMB, yang mengikuti jejaknya. Namun, dia tidak membuat dakwat. Suaminya Rathi Issak, 76, sudah lama bersara sebagai pengurus besar Lembaga Kebajikan Sosial Loteri Malaysia. Dia ada dua anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan. Mereka bukan pelukis.
Dia menjual sedikit saja lukisannya. "Susah untuk berpisah dengannya," katanya memberitahu Insight Sabah. "Saya melukis dengan seluruh hati saya." Dia tidak ingat tetapi katanya sudah menjual di antara 15 dan 20 lukisan dengan harga di antara RM200 dan RM1,500 setiap satu. Dia memberi sebahagian daripada lukisan itu kepada saudara mara dan kawan-kawan sebagai hadiah untuk harijadi atau kenduri pindah rumah. Dia menjual lukisan plum blossom Cina, salah satu daripada subjek kesukaannya dan salah satu daripada ayam dan anak-anak ayam dengan harga RM1,500 satu. Bulan lalu dia menjual enam lukisan pada harga RM500.
Dia melukis di antara jam 10 malam dan 2 pagi sebab sukakan suasana sunyi. "Semua sudah tidur dan tiada sesiapa yang mengganggu saya," katanya menambah yang dia berasa aman dengan seninya itu. "Ia merehatkan fikiran.

Dua daripada lukisannya, satu plum blossom dan satu lagi bunga magnolia ditunjukkan di pameran di Kota Kinabalu.
Seni itu membawanya ke Xiamen (2002) dan Hefei-Huangsan (2004) di China, Seoul (2004) dan Singapura (2003). Dia menang anugerah penghargaan ke atas lukisannya di Korea Selatan pada 2006. Dia sering mengadakan pameran di Malaysia. Pada 2009, dia mengadakan pameran solo di galeri Shah Alam dan balai seni lukis kebangsaan.
Dia mendapati bahawa seni Cina itu memantapkannya. Ia membuatkannya memahami kebudayaan dengan lebih baik, terutama dirinya sendiri. Tidak seperti bentuk lukisan yang lain, pelukis dakwat Cina tidak perlu membuat lakaran subjeknya dengan pensil. Mereka melukis secara spontan dan tidak memberi ruang kepada kesilapan. "Anda tidak boleh ubah lakaran kerana tiada apa yang perlu diubah," kata Faridah.

Satu-satunya rungutannya ialah bahawa tidak semua orang mampu melukis seni ini kerana berus, kertas dan dakwat adalah mahal.
Sebatang berus, bergantung kepada saiznya berharga di antara RM25 dan RM35. Yang paling mahal ialah yang diperbuat daripada bulu kuda. Yang lain diperbuat daripada rambut kambing, ayam, beruang, rusa, harimau, musang, kuda, arnab dan misai tikus.
Kertas beras, walaupun bukannya diperbuat daripada beras adalah mahal. Ia dijual di antara RM1.50 dan RM180 untuk sekeping bergantung kepada jenis kulit kayu (elm atau mulberi) yang diperbuat daripadanya serta usianya. Lagi tua lagi mahal bahan itu. Warna daripada galian atau sayuran berharga kira-kira RM12 untuk satu tiub.
Pun begitu,minat terhadap lukisan dakwat semakin berkembang, kata Liew yang mengendalikan kelas untuk 80 pelajar, di mana 20 adalah orang dewasa. Sesetengah pelajarnya adalah orang Melayu dan Kadazandusun Murut. Dia mengenakan yuran RM75 bagi kanak-kanak dan RM80 bagi orang dewasa untuk sesi dua jam. Seorang pelajar memerlukan dua berus, sebuah kotak warna dan kertas yang berharga RM100, katanya. – Insight Sabah
Diterbitkan pada April 25, 2011
|
|
State Assemblymen Swearing in Ceremony |
View |
|
|
Closing Ceremony of IT training for usage of IOS and Android |
View |
|
|
The 6th Biennial Sabah Games (SAGA) 2013 |
View |
-
We strive to empower all members of society, including women to ensure they reach their fullest potential and play a greater role in driving Sabah's future development
Chief Minister, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, said in his address at the swearing-in ceremony for members of the Sabah Women Advisory Council (MPWS) held at his official residence in Seri Gaya yesterday.
-
A clearer understanding of the objective behind initiatives such as the giving out of communal grants is important so that the people will not be confused and misled into thinking that the government of the day was not assisting them in land matters.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Aman said during a courtesy call by the committee members of Sabah Native Land Owners Association (SANLODA) at the Sabah State Legislative building, yesterday.
-
I hope all elected representatives will make full use of the State Assembly sitting as the best platform to not only participate actively in debates, but also more importantly, every word said represent the voice of the grassroots
Chief Minister Datuk Musa Aman speaking at the State dinner in conjunction with the opening of the State Assembly sitting in Likas.
-
If we wish to become a more developed and more inclusive society, employee welfare must be prioritised. I ask all employers to commit to pay their workers a living wage.
Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, said in his keynote address at the Invest Malaysia 2013 in Kuala Lumpur, yesterday. Malaysia had introduced the Minimum Wage Policy in July last year, and employers were given until early this year to begin complying with the new regulation.
-
Before we move further ahead in developing the Oil and Gas industry in Sabah, it is important that we gain better knowledge of and a full understanding on the approach taken by the nation as a whole in this sector of the economy
Deputy Chief Minister cum Minister of Industrial Development Datuk Raymond Tan said at the 17th Asia Oil and Gas Conference in Kuala Lumpur. Tan led the delegation from Sabah to the Conference.
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sabah Division provides free consultation to all workers.
Details: call
Simon at 013-8665897,
Catherine 013-8503039 or
Chang 016-5836670.
Sabah Government Pensioners Association
Sabah Government Pensioners Association - membership recruitment exercise and pensioners problem 9.30am - 1.30pm (Tues-Fri, except public holidays) at Maksak Likas.
Details:
Dennis 016-8189110,
Dr Epin 019-8101937 or
Joe Jominol 013-8692888.
Hospital visitors board of QEH
A helpline for patients and visitors.
Please direct all enquiries or complaints to: +60 88 517555, +60 88 214866 or email: ckmalph@gmail.com
KK AIDS support services Association (KASIH)
Helpline and free voluntary HIV screening tests (except Sunday & public holidays). Confidential and free. Results in 10 to 15 minutes.
Details at +60 88 224600 (Cecelia).
Breast cancer support group, Sabah Family Planning Association
Counselling and mutual support for cancer patients and their families.
Details: +60 19 8819603,
+60 88 224408 (Bhabra),
+60 16 8155212, +60 16 430341 (Kim) or
+60 19 8101826, +60 19 210570 (Lucilla).
The Cancer Society of Sabah
provides hospice, cancer awareness, education, rural health services. Counselling and advice. Consultant gynaecologist available.
Details: +60 88 210377, +60 88 222315.
FAMA Pasar Tani
at Asia City A flea market where you can buy vegetables, fish, sugar cane juice and many other agricultural produce. Open from 6 a.m. to 5 p.m. every Wednesday and Saturday. All are welcome.
Details: +60 13 5555451 (Wasri).
Malaysian Red Crescent Sabah Branch
Introduction to First Aid and CPR. Open to the public. Every third week of the month (Sat-Sun).
Details: +60 88 242648, +60 88 240776 (Fax) or email mrcssb12@gmail.com.
Fully sponsored training courses
Fully sponsored training courses on
* ICT (40+ courses)
* Microsoft Certified IT Professional(MCITP)
* Cisco Certified Network Associates(CCNA)
* Language Courses (English/Korean/Japanese/Mandarin)
By Ministry of Resource Development & Information Technology.
For more details, please click here.




