Bajet Sabah 2010
Belanja besar, matlamat kaya
Musa Aman mahu bawa kemewahan kepada rakyat

Oleh Sebastian Lee
Sidang dewan undangan Sabah baru-baru ini meluluskan bajet paling besar yang menunjukkan obsesi seorang pemimpin yang mahukan apa yang terbaik untuk rakyatnya: Ketua Menteri, Datuk Musa Aman mahu negeri di utara pulau Borneo di Malaysia timur ini menjadi negeri paling maju menjelang 2015.
Itu enam tahun dari sekarang. Pada masa ini, ramai daripada 3.5 juta penduduknya menjangkakan untuk memperolehi pendapatan lebih tinggi. Jadi, beliau tidak mahu membuang masa mendebatkan merit rancangan kewangannya yang membabitkan RM3.3 bilion.
"Apa yang baik untuk rakyat mesti diberi keutamaan," katanya kepada penggubal undang-undang pada 19 November pada akhir sidang itu. "Bajet itu bertujuan membawa ekonomi kita ke peringkat lain sejajar dengan usaha membawa negara ini kepada ekonomi yang mempunyai pendapatan tinggi."
Lebih daripada RM2 bilion akan dibelanjakan dalam pembangunan tahun depan. Wang itu kebanyakannya akan digunakan untuk membayar sektor binaan, infrastruktur, utiliti, pertanian, industri berdasarkan kepada agro dan projek yang akan meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar sebagai usaha untuk membasmi kemiskinan yang ketika ini, pada kadar16 peratus, menjadikan Sabah negeri paling miskin di Malaysia. Wang itu adalah tambahan kepada RM866.8 juta dari dua pakej rangsangan persekutuan dan tambahan RM1 bilion bagi pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang akan tamat pada akhir tahun depan.
Pemikiran Keynesian sememangnya tidak sejajar dengan perbelanjaan besar Sabah. Negeri ini pesat. Ia agak terlindung daripada kemelesetan global walaupun ia terkena tempias penurunan pendapatan eksport dari komoditi seperti minyak sawit dan kayu balak. Ekonominya dijangka tumbuh pada kadar 3.6 peratus tahun ini dan di antara 4 peratus dan 4.5 peratus tahun depan. Ini berlaku walaupun Malaysia mengalami kemelesetan teknikal pada separuh pertama tahun ini, ketika ekonomi terikat pada kadar 3.9 peratus daripada GDP tahun lalu. Tetapi ia sudah pulih dan tumbuh kepada 4.8 peratus pada suku kedua dan dijangka tumbuh di antara 2 dan 3 peratus pada tahun depan.
Sabah kaya dengan wang tunai
Sabah juga dari segi kewangan adalah 'sihat' dengan simpanan sebanyak RM2 bilion, angka paling tinggi sejak Musa menjadi ketua menteri enam tahun yang lalu. Beliau juga berkuasa dalam kementerian kewangan. Surplus dagangan berganda lebih daripada dua kepada RM18.1 bilion pada tahun lalu, pengangguran menurun kepada 4.9 peratus daripada 5.5 peratus pada 2007 walaupun inflasi meningkat sedikit kepada 6 peratus disebabkan harga tinggi minyak. Bagaimanapun, inflasi menurun kepada 4.2 peratus tahun ini kerana kos minyak, pakaian, komunikasi dan pengangkutan turut berkurangan.
Walaupun lebih sedikit daripada 7.2 peratus ketibaan pelancong asing tahun lalu, pendapatan tetap kekal iaitu kira-kira RM4 bilion kerana pelancong domestik dari negeri lain di Malaysia, membantu mengatasi kekurangan itu. Pelancongan adalah pendapatan ketiga besar Sabah dan hasil diperolehi tahun ini kemungkinan besar akan kekal. Ia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 2.3 juta pelancong tahun ini, terutama selepas terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang boleh menerima 3,200 penumpang sejam, sedia beroperasi. Ada 1.6 juta pelancong tiba sehingga akhir September.
Keyakinan terhadap ekonomi Sabah adalah bukti dalam pelaburan swasta yang menyaksikan pertumbuhan 4.2 peratus dalam pinjaman bank kepada RM27.6 bilion sembilan bulan pertama tahun ini, walaupun bank berjaga-jaga dengan keadaan lembab ekonomi global. Pelaburan yang mereka buat kebanyakannya dalam sektor binaan, harta tanah, kewangan dan insurans serta perniagaan membabitkan agro.
Bagaimanapun kemerotosan di peringkat global terhadap permintaan ke atas barangan menyaksikan pendapatan daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan menurun kira-kira sepertiga pada tahun lalu kepada RM705 juta daripada RM1.1 bilion pada 2007.
Namun, mencari wang untuk dibelanjakan memberi cabaran kepada kerajaan Sabah yang mempunyai sumber terhad pendapatan. Sumber terbesarnya ialah jualan cukai sebanyak RM910 juta, kebanyakannya daripada cukai jualan minyak sawit mentah yang dianggarkan bernilai RM820 juta setahun. Selebihnya datang daripada cukai-cukai perjudian (RM90 juta) dan tanah (RM50 juta).
Royalti yang kebanyakannya datang daripada minyak dan kayu balak akan memberi negeri ini sebanyak RM725 juta tahun depan, menurun kepada suku sebab Sabah dianggarkan menerima kurang 13 peratus daripada 5 peratus royalti minyaknya pada kadar RM647 juta oleh kerana Petronas, syarikat minyak negara, menjangkakan harga minyak lebih rendah. Tahun ini, ia menganggarkan untuk mendapat RM742 juta.
Kedudukan fiskal yang sihat
Royalti kayu balak akan menjunam kepada kira-kira RM66 juta tahun depan buat pertama kali sejak 40 tahun yang lalu, sebab kerajaan Sabah memulihara kebanyakan daripada hutannya dan menempatkan semua tanah yang dikomersialkan di bawah pengurusan mampan. Harga kayu balak juga meleset selama beberapa tahun kerana pembeli mencari pengganti bagi bahan binaan seperti PVC dan aluminium, disebabkan bekalan kayu mampan adalah mahal. Kegawatan dunia juga turut menyumbangkan penurunan harga itu.

Maka itu, kira-kira RM1.2 bilion, lebih separuh daripada RM2 bilion belanja pembangunan akan datang daripada dana persekutuan. Sabah juga mengutip RM544 juta bon lima tahun buat pertama kali; di mana sebahagiannya akan digunakan untuk tujuan modal manakala selebihnya akan dibayar untuk mewujudkan usaha strategik yang akan membayar dividen untuk tempoh yang lebih lama.
Ia adalah negeri pertama di Malaysia yang mula menerokai pasaran kredit. Walaupun ini membuatkan orang tertanya-tanya dan mendapat kritikan, terutamanya daripada ahli politik pembangkang, ia bagaimanapun adalah tindakan berjimat cermat kerajaan Sabah yang enggan mengeluarkan simpanan yang banyak untuk perbelanjaannya. Bon Sabah menerima rating A tiga kali ganda daripada Rating Agency of Malaysia (RAM) yang bercakap banyak mengenai kedudukan kewangan Sabah
RAM berkata, rating itu "mencerminkan kedudukan fiskal negeri yang sihat, berkeupayaan utuh untuk menyesuaikan fiskal dan hubungan saling membantu dengan kerajaan Persekutuan dan dilengkapi dengan kedapatan sumber alam semulajadi bagi pembangunan ekonomi masa depan. Kekuatan ini menseimbangkan cabaran untuk membuka 'potensi pembangunan negeri untuk jangka panjang.'
Hafiza Abdul Rashid, ketua perkadaran kewangan RAM berkata, Sabah sentiasa ada lebihan fiskal dan hasil yang teguh. Tahun lalu, ia ada lebihan fiskal sebanyak RM637 juta dengan wang tunai RM2.05 bilion berbanding hutang sebanyak RM2.36 bilion yang mana semuanya adalah pinjaman daripada persekutuan.
Kerajaan persekutuan meluluskan isu bon Sabah.
Perbelanjaan besar yang julung kali dibuat pada tahun depan itu akan menyebabkan defisit kecil sebanyak RM177 juta, kurang daripada satu peratus anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah pada kira-kira RM20 bilion tahun lalu. Angka rasmi KDNK hanya akan dikeluarkan pada Mac oleh jabatan statistik. Defisit ini akan diurus dengan baik dan boleh dengan mudah dibiayai oleh simpanan negeri.
Ketika mengurus ekonomi Sabah, pakar ekonomi Schumpeter 'bergesel' dengan Musa, yang mengetahui bahawa inovasi adalah jantung kepada pembangunan ekonomi.
"Kami tidak boleh lagi lewat." kata Musa. "Kita perlu belanja wang untuk pembangunan." – Insight Sabah
Related stories:
Diterbitkan pada 21-11-2009 12:30 pm



Jobs
Bookmark
Subscribe
