Kebudayaan dan hubungan luar

<i>Persembahan pertahanan seni Chanwu dari China.</i>

Belia di barisan depan

Festival mercu tanda hubungan Malaysia-China kembali lagi di Sabah

By Olivia Peter
Pictures by Victor Lo

<i>Kumpulan muzik Fang Jin Long Sweet 18.</i>

Kumpulan muzik Fang Jin Long Sweet 18 dari China mempunyai kenangan manis selama 16 tahun di Sabah, yang akan menjadi tuan rumah festival tahunan Kebudayaan China Malaysia semula. Kali terakhir festival ini diadakan di Sabah ialah pada 1995. Dan apa yang menjadikan perayaan itu manis selepas 16 tahun ialah ia tiba ketika hubungan dua hala Malaysia dan China berada dalam keadaan terbaik. Belia etnik Cina akan memperolehi daripada usaha inovatif RM20 juta Dana Belia 1Malaysia, gagasan perdana menteri Datuk Najib Razak yang menggalakkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan. Dan China baru saja memintas Jepun untuk menjadi ekonomi kedua besar dunia.

Datuk Dr Yee Moh Chai, menteri pembangunan sumber dan teknologi maklumat berkata, festival itu adalah petanda penting dalam hubungan di antara Malaysia dan China sejak mantan perdana menteri Razak Hussein, mewujudkan hubungan diplomatik dengan China pada 1974. Dr Yee merasmikan festival itu yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia dan China bagi pihak ketua menteri Datuk Musa Aman, di 1Borneo Hypermall di Kota Kinabalu pada 5 March.

<i>Musa Aman (kiri) dan Najib Razak</i>

Najib Razak mengadakan lawatan empat hari ke China sejurus selepas beliau menjadi perdana menteri keenam pada April 2009 yang menonjolkan betapa pentingnya hubungan di antara Malaysia-China. Ia mengingatkan lawatan pertama bapanya di sana. Malaysia dan China menandatangani perjanjian mengenai pelan tindakan strategik membabitkan 13 bidang penting dalam hubungan dua hala dalam perdagangan, kebudayaan dan pendidikan selepas Najib bertemu dengan presiden China Hu Jintao dan perdana menterinya Wen Jiabao. Najib juga menerima doktorat kehormat dalam hubungan antarabangsa dari Universiti Kajian Hubungan Luar Beijing.

China adalah rakan terbesar dagangan Malaysia dengan hubungan dagangan dua hala berjumlah kira-kira RM128 bilion, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). China membeli kebanyakan kelapa sawit Malaysia, produk elektrik dan elektronik selain pertanian, marin, kayu balak dan petroleum.

<i>"Itulah kebudayaan Cina," Datuk Dr Yee Moh Chai (kanan) menjelaskan makna karakter Cina kepada Yang Dipertua Negeri  Datuk Juhar Mahiruddin.</i>

Malaysia membeli barangan elektrik dan elektronik serta jentera dari China di samping tekstil, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan makanan dan barangan pengguna yang lain.

Musa, dalam mesejnya di festival itu berkata, Sha Hua Qing, sayap belia Persatuan Persekutuan Cina Sabah (FCAS) menerajui hubungan untuk memupuk kebudayaan, pendidikan dan perdagangan dengan China. Kerajaan Sabah menderma sebanyak RM100,000 untuk membiayai kegiatan FCAS.

"Belia mempunyai peranan penting untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya. "Kerajaan Sabah sentiasa bertindak balas kepada keperluan belia dengan menyediakan kepada mereka latihan kemahiran dan peluang untuk menjadi usahawan. Kami sentiasa mesra niaga."

Musa berkata, Dana Belia 1Malaysia menyatakan pentingnya kerajaan meletakkan belia untuk membina negara.

Najib berkata, dana itu adalah bagi golongan belia untuk memulakan projek inovatif dan kreatif bagi mempromosi dasar perpaduan 1Malaysia. Katanya, belia berusia di antara 15 dan 40 tahun boleh menerima geran untuk memulakan perniagaan atau apa saja yang membabitkan bina masyarakat, alam sekitar, sukan, kebudayaan dan seni.

Festival dari Mac hingga November itu akan memaparkan pertahanan seni, muzik pop dan kebudayaan, kaligrafi, fotografi, penulisan, memasak, pertandingan catur dan bot naga. Turut diadakan ialah festival moon cake dan tanglung serta pertandingan tarian singa dan naga. – Insight Sabah
 

Diterbitkan pada Mac 09, 2011

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on