Pendidikan

Kerajaan negeri beri sumbangan banyak kepada sekolah bukan kerajaan

Sekolah Rendah Chung Hwa Kota Kinabalu, adalah satu daripada Cina yang menerima banyak kewangan daripada kerajaan.

Oleh Fizah Yusof
Gambar oleh Oliver Majaham dan Victor Lo

Kerajaan negeri membelanjakan lebih daripada RM75 juta untuk membantu sekolah di sekitar Sabah, terutama sekolah-sekolah Cina swasta dan Sekolah bantuan kerajaan serta sekolah mubaligh.

Datuk Kamarlin OmbiMenurut Datuk Kamarlin Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, bantuan itu disalurkan sejak tahun 2000. Beliau menjawab kenyataan Adun Likas, Wong Hong Jun mengenai isu sekolah-sekolah yang memerlukan pembiayaan kerajaan untuk membaiki infrastruktur.

Datuk Teo Chee Kang, Menteri Tugas Khas Sabah

Menurut Datuk Kamarlin Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, bantuan itu disalurkan sejak tahun 2000. Beliau menjawab kenyataan Adun Likas, Wong Hong Jun mengenai isu sekolah-sekolah yang memerlukan pembiayaan kerajaan untuk membaiki infrastruktur.

Beliau berkata demikian di persidangan dewan bahawa sehingga kini, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah menerima peruntukan tahunan sebanyak RM12.23 juta bagi tujuan itu.

Mengenai sumbangan kerajaan negeri terhadap pendidikan Cina, Datuk Teo Chee Kang, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah dalam  jawapannya kepada Adun Luyang, Dr Hiew King Cheu memberitahu dewan bahawa kerajaan negeri memberi RM10 juta kepada sekolah-sekolah persendirian Cina pada tahun 2009 dan sebanyak RM11.13 juta disalur pada 2010, RM12.13 juta (2011) dan pada 2012, sebanyak RM12.415 diperuntukkan.

Teo berkata, walaupun pendidikan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga memainkan peranan dalam menyokong pendidikan, khususnya sekolah-sekolah Cina.

Katanya, tugasnya sesuai dengan dasar kerajaan negeri untuk membantu pendidikan Cina dan sebahagian daripada peranannya juga adalah untuk melihat sama ada bantuan diselaraskan dengan baik dan digunakan sepenuhnya. – Insight Sabah

Diterbitkan pada Jun 25, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
Heart of Borneo International Conference

Heart of Borneo International Conference

View

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

View

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on