Wira-wira yang gugur

Perwira yang gugur kembali pulang
Ketua Menteri Musa Aman dan timbalannya Pairin Kitingan dan Dr. Yee Moh Chai menyambut menyambut ketibaan jenazah Detektif Sarjan Baharin Hamit di Terminal 1, KKIA.

Oleh Fizah Yusof
Gambar oleh Oliver Majaham

Memasuki hari ke-26 pencerobohan di Lahad Datu, jenazah enam pegawai pasukan keselamatan Malaysia yang terbunuh dalam serangan hendap yang dilakukan sekumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada Sabtu, selamat dibawa pulang semalam.

Detektif Sarjan Baharin Hamit, 49, seorang daripada anggota polis yang terbunuh di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna oleh penceroboh bersenjata diterbangkan dari lapangan terbang Tawau. Jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar jam 2 petang pada hari Isnin.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Faridah Tussin hadir untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.

Kata Musa, kerajaan negeri Sabah bagi pihak semua rakyat Sabah menyampaikan takziah kepada keluarga pegawai dan empat lagi anggota polis yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak itu.

"Kami amat sedih atas kejadian ini dan berdoa agar ahli keluarga mereka akan diberi kekuatan untuk menghadapi kesedihan ini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di KKIA, pada hari Isnin.

Ketua Menteri Musa Aman memberi kata-kata semangat kepada Sumiati Suarah, balu Detektif Sarjan Baharin Hamit.
Detektif Sarjan Baharin Hamit dari kontinjen polis Sabah yang terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna berasal dari Alor Gajah, Melaka. Beliau meninggalkan balu, Sumiati Suarah, 50 dan dua anak berusia 16 dan 11 tahun.

Jenazah dikebumikan di Batu 2 1/2 Jalan Tuaran, semalam.

Di tengah-tengah ketegangan di Lahad Datu dan Semporna, Musa merayu kepada semua rakyat di negeri ini untuk terus bersatu menghadapi ancaman yang ditimbulkan oleh penceroboh.

"Kita mesti ada keyakinan dengan keupayaan pasukan keselamatan Malaysia untuk mempertahankan kita dan membawa kembali keamanan dan keselamatan di Sabah," katanya.

Musa juga berkata, kerajaan negeri akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang akan disediakan kepada keluarga anggota polis yang terbunuh dalam kejadian itu.

Lima lagi yang terbunuh dalam kejadian itu ialah ASP Michael Padel dari ibu pejabat polis daerah Semporna, Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, Sarjan Abd Azis Sarikon, Lans Koperal Mohd Azrol Tukiran dan Koperal Salam Tongiran dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau. - Insight Sabah

Diterbitkan pada Mac 05, 2013

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
Heart of Borneo International Conference

Heart of Borneo International Conference

View

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

View

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on