Kebuntuan di Lahad Datu

Pelancong tidak terjejas dengan pergolakan di Lahad Datu

Brita dan Zurhar Hassan

Oleh Elaine Mah
Gambar oleh Oliver Majaham

Di tengah-tengah pergolakan di dalam dan sekitar Lahad Datu yang telah memenuhi tajuk-tajuk utama berita, pelancong masih terus datang ke negeri ini tanpa berasa gelisah.

Di dewan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini, di mana menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan menunggu ketibaan jenazah Detektif Sarjan Baharin Hamit yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan lelaki bersenjata di Semporna pada Sabtu lalu, pemberita Insight Sabah menemubual dua pelancong dari Jerman - Zurhar dan Brita Hassan yang mahu pergi ke Lembah Danum melalui Lahad Datu. Mereka akan menginap empat hari di pusat penyelidikan hutan yang terkenal di seluruh dunia itu.

Zurhar, seorang ahli saintis berkata, beliau hanya mendapat tahu mengenai pertempuran di Lahad Datu itu pada hari ini. Bagaimanapun, beliau dan isterinya tidak terlalu bimbang yang ia menjejaskan perjalanan mereka, dan berkata, situasi di Lembah Danum itu "pasti dalam keadaan okay".

Pasangan itu sudah berada di Sabah selama empat hari dan akan terus berada di negeri ini untuk tiga minggu lagi.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun memberitahu media bahawa pencerobohan di Lahad Datu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan.

Beliau berkata, ini kerana lokasi di mana penceroboh berkubu berada di kawasan terpencil, di mana pintu masuk dan keluar sudah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan.

Kebuntuan di Lahad Datu itu kini memasuki hari ke-26. - Insight Sabah

Diterbitkan pada Mac 04, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on