Rancangan perbandaran

Datuk Yahya Hussin

Yahya: Rancangan pembangunan properti mesti selari dengan pelan bandar

Oleh Shalina R
Gambar oleh Oliver Majaham

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin mengingatkan pemaju dan semua pihak terbabit supaya mengambil kira pelan induk di kawasan sekitar ketika merancang pelan tindakan projek pembangunan hartanah mereka pada masa depan.

"Pada masa depan, perumahan, lot kedai, projek binaan bangunan pencakar langit dan yang sepertinya akan diluluskan hanya selepas ia memenuhi semua syarat," katanya. "Pemaju tidak semestinya hanya menumpukan perhatian kepada pembangunan dalam sempadan projek mereka saja."

Beliau juga menggesa pihak berkuasa tempatan supaya bukan saja mengkaji setiap permohonan dalam kawasan projek individu tetapi juga di sekitarnya bagi memastikan rancangan pembangunan melengkapkan pelan induk bandar itu sendiri.

Memetik kawasan pusat bandar Putatan sebagai contoh, Yahya berkata, "Saya mencadangkan, permohonan di masa depan mesti mencerminkan pertimbangan holistik keseluruhannya sebelum ia diluluskan untuk mengelak pembangunan itu  sedikit demi sedikit daripada berpecah."

"Bandar Putatan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk kerana ini. Anda akan melihat perancangan teruk jalan sempit kerana ia dibina dalam kawasan tanah yang terhad. Ini juga sebab adanya banyak jalan mati ditemui di beberapa bahagian bandar ini," katanya.

Pusat bandar Putatan mengalami masalah kesesakan jalan raya yang teruk.

"Kita mesti merangka rancangan yang berkesan, sesuai dengan keadaan moden dan bergerak melalui era kolonial apabila orang ramai memikirkan ia diperlukan untuk merancang dalam kawasan mereka sahaja," katanya

Pangsapuri Platinum Putatan

Pusat bandar Putatan terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang teruk. Jalan-jalan sempit itu suatu ketika dulu boleh diterima tetapi ketika bandar ini semakin pesat membangun dan jumlah penduduk meningkat, keadaan itu tidak lagi boleh diterima.

Projek perumahan seperti Apartments Platinum Putatan yang terletak di antara Giant Hypermarket dan Survey Supermarket mempunyai 1,012 units.Selepas pangsapuri ini diduduki nanti, jumlah penduduk akan serta-merta meningkat kepada lebih 1,012.

Kenderaan di kawasan itu juga dijangka meningkat dalam jumlah yang besar sekali gus menambahkan lagi kesesakan.

Jalan Putatan juga adalah laluan utama pemandu melakukan perjalanan setiap hari di pantai barat Sabah. Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan alternatif untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebelum kerja-kerja menaik taraf sebenar Jalan Putatan - Petagas boleh dimulakan.– Insight Sabah

Diterbitkan pada Mac 04, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on