Teknologi
Mencari jalan tingkatkan hubungan dalam talian di antara kerajaan dan orang awam

Oleh M. Izham B. Hashim
Gambar oleh Victor Lo
Agensi Kerajaan mesti pantas menyesuaikan diri pada dunia yang semakin saling berhubungan dengan mengguna pakai teknologi web terkini untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, berkesan dan cekap kepada orang ramai.

Ini adalah pandangan yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Negeri, Datuk Joseph Yuntavid di majlis penutupan bengkel pengurusan web perkhidmatan awam 2013, di Wisma MUIS.
"Internet menjadi satu sumber penting maklumat bagi jutaan orang di seluruh dunia dan atas sebab ini kita mempertingkatkan usaha untuk menggalakkan kualiti perkhidmatan laman sesawang kerajaan dengan memastikan laman-laman web diuruskan secara berkala oleh webmaster terlatih dengan menyediakan kandungan yang dikemaskini kepada orang awam .
"Permintaan semakin meningkat bagi maklumat yang tepat dan interaktif dalam talian dan webmaster memainkan peranan penting dalam rancangan kerajaan untuk memodenkan sektor awam," katanya.
Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dalam talian, Unit Pemodenan dan Perancangan Pentadbiran Malaysia (MAMPU) bersama-sama dengan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) dan Institut Latihan Perkhidmatan Awam Negeri (INSAN) menganjurkan bengkel dua hari mengenai pengurusan web untuk 60 webmaster daripada pelbagai jabatan kerajaan.
Bengkel ini adalah sebahagian daripada Rancangan Strategik ICT Perkhidmatan Awam Malaysia (2011-2015) yang menyediakan pelan tindakan untuk mempercepatkan penggunaan dan aplikasi teknologi maklumat komunikasi (ICT) di seluruh agensi kerajaan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan operasi.

"Program ini juga merupakan satu langkah yang betul untuk meningkatkan prestasi sektor perkhidmatan awam Sabah dalam Portal Kerajaan Malaysia dan Penilaian Laman Web bagi tahun 2013," kata Joseph selepas menyampaikan sijil kepada peserta.
Di samping itu, beliau juga mengingatkan webmaster untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini teknologi web dan sentiasa mencari cara inovatif untuk memperbaiki saluran maklumat dan komunikasi di antara kerajaan dan orang awam.
"Ini merupakan peluang terbaik bagi webmaster untuk mendapat latihan dan menimba pengetahuan, membangunkan kemahiran dan berkongsi pengalaman untuk melaksanakan amalan terbaik dalam mengekalkan portal dan laman web kerajaan," katanya
"Program ini adalah selaras dengan strategi kerajaan untuk memperkasa transformasi digital sektor awam untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat," kata Timbalan Pengarah ICT MAMPU cawangan Sabah, Rosli Bin Mahruf.
Menurut sumber-sumber rasmi kerajaan pada tahun 2011, sekurang-kurangnya 35% daripada perkhidmatan kerajaan boleh didapati dalam talian dan 43% perkhidmatan dengan agensi-agensi kerajaan boleh dijalankan secara online.
"Kami menjangkakan 90 peratus daripada perkhidmatan kerajaan akan berada berada dalam talian sepenuhnya menjelang 2015," Rosli berkata.
"Dari segi liputan internet, kerajaan sedang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meluaskan akses internet di seluruh Sabah," tambah beliau.
Antara yang hadir di majlis itu ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Dr. Mingu Jumaan dan Timbalan Pengarah Sualim SANAN. - Insight Sabah
Diterbitkan pada Mac 01, 2013
Carian lain:
-
I encourage more companies in Malaysia to do likewise by playing a bigger role in conservation, as it is only through our collective efforts, that we will be able to pass on a beautiful country to our future generations.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman congratulated Astro for taking the initiative to organise the record breaking under water clean-up.
-
Do not take for granted the support given by the people. We, the elected representatives, must work hard to ensure the promises we made during the 13th general election are implemented accordingly.
The newly reappointed Sabah Chief Minister, Datuk Seri Panglima Musa Aman, speaking at a thanksgiving ceremony held at Sandakan's Sri Libaran Hall on May 16th recently.
-
Change is already taking place and change from within is what the government has done.
Prime Minister Datuk Najib Tun Razak referring to the success of the National Transformation Program that has already changed the nation for the better.
-
We know of the people's aspirations... They want development so as to raise their quality of life. This is our struggle, we want to ensure progress for the people.
UMNO Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin speaking to the Sandakan community at the 'An Afternoon with the Deputy Prime Minister' event yesterday.
-
Sabah is blessed with a wealth of natural treasures and for this reason, it is everyone’s responsibility to work together and do their part in keeping our streets, parks and beautiful beaches clean for all to enjoy.
Kota Kinabalu City Mayor Datuk Abidin Madingkir commenting on the Quality Environmental Practices Certification(5S) report presented by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) to the Cleanliness and Environmental Health Department (JKKP) of KK City Hall yesterday.
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sabah Division provides free consultation to all workers.
Details: call
Simon at 013-8665897,
Catherine 013-8503039 or
Chang 016-5836670.
Sabah Government Pensioners Association
Sabah Government Pensioners Association - membership recruitment exercise and pensioners problem 9.30am - 1.30pm (Tues-Fri, except public holidays) at Maksak Likas.
Details:
Dennis 016-8189110,
Dr Epin 019-8101937 or
Joe Jominol 013-8692888.
Hospital visitors board of QEH
A helpline for patients and visitors.
Please direct all enquiries or complaints to: +60 88 517555, +60 88 214866 or email: ckmalph@gmail.com
KK AIDS support services Association (KASIH)
Helpline and free voluntary HIV screening tests (except Sunday & public holidays). Confidential and free. Results in 10 to 15 minutes.
Details at +60 88 224600 (Cecelia).
Breast cancer support group, Sabah Family Planning Association
Counselling and mutual support for cancer patients and their families.
Details: +60 19 8819603,
+60 88 224408 (Bhabra),
+60 16 8155212, +60 16 430341 (Kim) or
+60 19 8101826, +60 19 210570 (Lucilla).
The Cancer Society of Sabah
provides hospice, cancer awareness, education, rural health services. Counselling and advice. Consultant gynaecologist available.
Details: +60 88 210377, +60 88 222315.
FAMA Pasar Tani
at Asia City A flea market where you can buy vegetables, fish, sugar cane juice and many other agricultural produce. Open from 6 a.m. to 5 p.m. every Wednesday and Saturday. All are welcome.
Details: +60 13 5555451 (Wasri).
Malaysian Red Crescent Sabah Branch
Introduction to First Aid and CPR. Open to the public. Every third week of the month (Sat-Sun).
Details: +60 88 242648, +60 88 240776 (Fax) or email mrcssb12@gmail.com.
Fully sponsored training courses
Fully sponsored training courses on
* ICT (40+ courses)
* Microsoft Certified IT Professional(MCITP)
* Cisco Certified Network Associates(CCNA)
* Language Courses (English/Korean/Japanese/Mandarin)
By Ministry of Resource Development & Information Technology.
For more details, please click here.




