SAGA

Pang: SAGA tekankan mutu dan bukan bilangan atlet

Menteri Belia dan Sukan Datuk Peter Pang (kedua dari kiri) menunjukkan ilustrasi maskot SAGA VI, Kandawai. Beliau diiringi Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Datuk Louis Rampas, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Suzannah Liaw dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir

Oleh Shalina R
Gambar oleh Oliver Majaham

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang menggesa semua kontinjen yang mengambil bahagian dalam Sukan Sabah VI atau SAGA supaya memberi tumpuan kepada memilih dan menghantar atlet yang berkualiti dan bukannya bilangan atlet tahun ini.

Peter Pang

"Keutamaan akan diberikan kepada kualiti untuk SAGA VI. Oleh itu, saya berharap semua kontinjen akan menumpukan dengan menghantar pasukan dan atlet berkualiti yang kompetitif kerana tujuan utama SAGA adalah untuk memilih atlet yang akan mewakili Sabah di SUKMA 2014 (Sukan Malaysia) dan juga untuk kejohanan negara dan antarabangsa," kata Pang di sidang akhbar yang diadakan selepas Mesyuarat Jawatankuasa SAGA 1V Kementeriannya di Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa, semalam.

Menteri itu juga menggesa Persatuan Sukan Negeri untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Atlet yang akan mengenal pasti atlet yang benar-benar berbakat dan mampu yang ada potensi untuk mewakili Sabah di kejohanan kebangsaan dan antarabangsa seperti SUKMA, Sukan SEA, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

"Seramai 220 atlet dikenal pasti menyertai SAGA di Keningau pada 2011. Saya berharap bilangan ini akan meningkat tahun ini. Jumlah 300 adalah sasaran kami untuk SUKMA nanti," kata Pang.

SAGA VI akan diadakan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dari 2 hingga 7 Jun tahun ini. Pertandingan sukan juga akan diadakan di daerah-daerah lain. Pertandingan Sepak Takraw akan diadakan di Tuaran manakala Penampang akan menjadi tempat acara pertandingan bola sepak wanita dan Putatan menjadi tuan rumah pertandingan Silat. Sebanyak 18 kategori sukan yang lain akan diadakan di bandaraya Kota Kinabalu.

Selain itu, beberapa persaingan kelayakan akan diadakan dari 18 hingga 24 Mac untuk sukan seperti bola sepak, bola keranjang dan hoki.

Sebanyak 25 pasukan atau kontinjen dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran Sandakan, Majlis Perbandaran Tawau serta semua daerah di seluruh negeri akan bersaing merebut pingat emas dalam 21 acara sukan tahun ini.

Kementerian juga menjemput atlet dari Brunei dan Perlis (tuan rumah SUKMA 2014) untuk mengambil bahagian dalam sukan tahun ini. Seramai 5,000 peserta dan 1,500 pegawai sukan dijangka terlibat kali ini.

Pang juga mengumumkan burung bangau atau Kandawai dalam bahasa Kadazan Dusun, sebagai maskot untuk SAGA 2013. Tema SAGA tahun ini ialah "Atlet Cemerlang, Prestasi Gemilang.– Insight Sabah

Diterbitkan pada Februari 28, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
Latest Comments
  • silat

    By mazlan bin maznee on 08-05-2013 07:37 am

    saya menyokong penuh kenyataan kementerian belia dan sukan, saga 2013 menekankan kualiti bukan bilangan. Kos kurang, kawalan senang dan perhatian pula lebih fokus baik dari segi kemahiran mahu pun kebajikan atlet.

In pictures
BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Malaysian Armed Forces Open Day

Malaysian Armed Forces Open Day

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on