Gajah

10 gajah diselamat di Lahad Datu

Satu daripada dua ekor gajah berkolar dikenali sebagai Bikang 1. Selepas dilepaskan, Bikang 1 mula melakukan perjalanan sejauh lebih daripada 100 km ke dalam hutan simpan Hidupan Liar Tabin.

Ketika kematian mengejutkan 14 ekor gajah Pigmi Borneo masih segar dalam ingatan ramai, tindakan menyelamatkan sepuluh yang lain di Lahad Datu memberikan sedikit kelegaan.

Sepuluh gajah berkenaan diselamatkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah di antara 18 dan 25 Januari, apabila diketahui bahawa ianya menerobos keluar lebih daripada 45 km dari habitat asal mereka di Kawasan Pengurusan Gajah Tabin dan ke kawasan hanya 10 km jauhnya dari bandar Lahad Datu.

"Kami menerima panggilan daripada seorang lelaki dari Sri Tungku Simpang Ladang Permai, berhampiran dengan Lahad Datu yang mengadu bahawa ada gajah merayau-rayau berhampiran dengan rumahnya," kata Jibius Dausip, pegawai kanan dari Unit Penyelamat Hidupan Liar.

Satu pasukan dihantar ke lokasi di mana mereka menemui sekumpulan sepuluh gajah - 9 betina pelbagai peringkat umur dan seekor gajah jantan muda berusia kira-kira 4 tahun. Jibius mengesahkan bahawa kumpulan itu kemungkinan daripada satu keluarga.

Doktor haiwan hidupan liar dari Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) Pusat Penyelidikan Danau Girang, Dr Diana Ramirez berkata, kesemua sembilan gajah  betina itu telah kembali ke Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin. Beliau menambah,  dua gajah betina terbesar dalam kumpulan itu dipasangkan dengan kolar satelit yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan Danau Girang.

Seekor daripada gajah itu, gajah jantan muda mengalami kecederaan teruk pada belalainya sudah dipindahkan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi di mana ia menerima rawatan.

Ramirez menjelaskan bahawa tanpa campur tangan mereka, gajah yang cedera itu ada peluang tipis untuk hidup di hutan.

Translokasi gajah perlu dilakukan secara berperingkat kerana melepaskan kesemua akan menyebabkan masalah logistik.

Pegawai Kanan Hidupan Liar dan Pengurus WRU, Dr Senthilvel Nathan memberitahu bahawa pasukannya ketika ini sedang mengkaji kemungkinan melepaskan kawanan gajah yang ditranslokasi bersama-sama pada masa depan bagi mengelak kumpulan itu daripada terpisah.

"Ini mungkin membabitkan kos lebih dan lebih mencabar dari segi logistik kerana kita akan perlu menubuhkan sebuah kawasan pembebasan sementara dan menyewa lebih banyak lori untuk tujuan pengangkutan. Tetapi kebimbangan utama kami ialah kebajikan gajah mengekalkan keutuhan kumpulan dinamik itu," katanya.

Pengarah Pusat Penyelidikan Danau Girang, Dr Benoit Goossens menjelaskan bahawa pertanian yang luas melalui perladangan seperti kelapa sawit telah mengurangkan dengan ketara habitat gajah dan hidupan liar lain di Sabah. Ini membawa kepada peningkatan konflik di antara gajah dan manusia.

"Kematian baru-baru ini yang membabitkan 14 ekor gajah kemungkinan berlaku hasil daripada konflik manusia-gajah di kawasan gajah dan oleh itu perlunya menguruskan landskap di dalam dan sekitar ladang dengan menyediakan laluan bagi hidupan liar untuk bergerak dari hutan ke hutan yang lain," tambah Goossens.

Menurut Goossens, selepas satu bulan pemantauan satelit, dua gajah betina berkolar telah berkeliaran dalam rizab dan belum merayau ke ladang-ladang sekitar Tabin.

"Jika haiwan itu kembali lagi di sekitar Lahad Datu, kita akan dapat menganalisis corak migrasi mereka dan menasihatkan pemilik ladang cara untuk memagar tanah mereka bagi mengelak sebarang pencerobohan," katanya.

Translokasi gajah adalah sebahagian daripada program jangka panjang yang dilancarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pusat Penyelidikan Danau Girang pada tahun lalu untuk menangani konflik di antara manusia-gajah di ladang-ladang pertanian seperti kelapa sawit.

Pembiayaan ketika ini disediakan oleh Yayasan Gajah Asia dan Dana Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed.

Pusat Penyelidikan Danau Girang adalah projek kerjasama di antara Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Cardiff University. - Insight Sabah

Diterbitkan pada Februari 27, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
State Assemblymen Swearing in Ceremony

State Assemblymen Swearing in Ceremony

View

Closing Ceremony of IT training for usage of IOS and Android

Closing Ceremony of IT training for usage of IOS and Android

View

The 6th Biennial Sabah Games (SAGA) 2013

The 6th Biennial Sabah Games (SAGA) 2013

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on