Keselamatan

Musa : Kerajaan pertingkatkan keselamatan

Ketua Menteri Sabah Musa Aman

 

Kenyataan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman hari ini berkata bahawa kerajaan Malaysia akan menggandakan keselamatan berikutan serangan terbaru melibatkan polis di Semporna pada hari Sabtu.

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan saya akan bekerjasama rapat untuk memantau situasi terkini di semua kawasan selain dari Lahad Datu," katanya.

Musa mendedahkan dari sudut operasi, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan tentera juga bersiap sedia untuk menjalankan operasi di seluruh negeri.

“Saya juga telah berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib malam tadi dan beliau telah bersetuju untuk meningkatkan kekuatan polis dan tentera selepas serangan terbaru yang melibatkan polis di Semporna,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan di Sabah akan sentiasa menjadi keutamaan, kata Musa.

"Saya menyeru kepada semua pemimpin tempatan untuk bantuan mereka dan bekerjasama bagi menghentikan penyebaran khabar angin yang boleh membuatkan perkara ini lebih teruk dan akan meningkatkan kebimbangan rakyat.," katanya. -Insight Sabah

Diterbitkan pada Mac 03, 2013

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
Heart of Borneo International Conference

Heart of Borneo International Conference

View

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

View

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on