BR1M2.0

BR1M 2.0 diagih di Putatan
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menyerahkan bantuan BR1M RM500 kepada salah seorang penerima, Rusnah Amit, di Dewan Serbaguna Putatan pada Rabu. Turut dilihat ialah Pegawai Daerah Putatan, Awang Abdul Ghani Pg Yusoff.

Oleh Fizah Yusof
Gambar oleh Oliver Majaham

Seramai 500 pemohon yang berjaya bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berkumpul untuk menerima baucar RM500 tunai mereka di Dewan Serbaguna Putatan, hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Yahya Hussin

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bermula pada bulan Februari 2013, di seluruh negara membabitkan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang berumur 21 dan ke atas.

Dalam kawasan Parlimen Putatan, sekurang-kurangnya 7,500 pemohon sudah menerima bantuan itu daripada 16,996 pemohon yang berjaya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin yang berada di majlis untuk mengedarkan bantuan itu berkata, kerajaan berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat.

"Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa kebajikan rakyat dijaga ... kerajaan akan sentiasa mencari jalan untuk membantu rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik dan berkualiti," katanya.

Yahya berkata, kerajaan melaksanakan dan merancang pelbagai dasar dan program untuk menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Malaysia.

Beliau juga menggesa mereka yang masih belum memohon bantuan itu supaya berbuat demikian kerana permohonan masih dibuka untuk mereka.

Emily Bozou

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 RM500 perlu dikemukakan tidak lewat daripada 15 Mac 2013.

Rusnah Amit

Bagi Emily Bozou, 29, dia lega menerima bantuan itu daripada kerajaan.

"Saya seorang suri rumah dengan bayi berusia lima bulan. Suami saya adalah seorang eksekutif jualan pemasaran dengan gaji hanya cukup untuk menyara hidup. Jadi wang ini banyak membantu," katanya.

Turut bersyukur dengan bantuan itu ialah Rusnah Amit, 52, seorang ibu tunggal berkata, "Saya amat berterima kasih kepada kerajaan."

Dia akan menggunakan wang itu untuk membantu anak lelakinya yang sedang belajar mengambil  Diploma Perniagaan di UiTM Sabah.

"Sebagai tukang jahit, saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan wang ini benar-benar akan membantu meringankan beban orang berpendapatan rendah seperti saya," katanya. - Insight Sabah

Diterbitkan pada Februari 27, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on