Bio Ekonomi

Evolusi negara dalam ekonomi bio

Transformasi Malaysia ke bio ekonomi bermula dengan penubuhan Dasar Teknologi Bio Negara pada 2005. Baru-baru ini, Program Transformasi Ekonomi Bio dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Oleh Shalina R
Gambar oleh Oliver Majaham

Tumpuan dunia beralih daripada bergantung kepada satu-satunya ekonomi tidak mapan berasaskan bahan api fosil kepada asas kuasa yang pelbagai, terutamanya bahan api dengan aplikasi bioteknologi bagi semua industri dan sektor.

Ekonomi bio bukan hanya mengenai mengatasi cabaran alam sekitar yang merangkumi perubahan iklim, kemerosotan bahan api fosil, kebimbangan secara menyeluruh mengenai kerosakan kepelbagaian hayat alam semulajadi dan survival planet bumi ini sendiri. Ia adalah cara untuk mara ke depan meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya menjana keharmonian mampan di antara masyarakat, ekonomi dan persekitaran negara.

Evolusi global terhadap bio ekonomi sememangnya tidak dapat dielak dan digalakkan dengan mengkomersialkan penyelidikan bioteknologi di Amerika, Brazil dan Jerman serta negara berdekatan seperti Jepun dan Singapura. Ini juga didorong oleh pengumuman inisiatif bioekonomi yang dibuat oleh negara-negara seperti China, Australia dan New Zealand pada 2007, Kanada pada 2009, Kesatuan Eropah pada 2010 dan Amerika, Finland serta Persekutuan Rusia pada 2012, diikuti oleh Malaysia kemudiannya pada akhir tahun lalu.

Di Malaysia,  trend menuju kepada bio ekonomi ini dapat dilakukan dengan adanya asas kukuh yang dibina melalui penubuhan Dasar Bioteknologi Negara dan pembentukan BiotechCorp pada 2005, pelancaran Dasar Tech Hijau pada 2009, Akta Tenaga Diperbaharui tahun 2010, pengesahan Majlis Pelaksanaan Bioteknologi dan pelancaran Inisiatif Ekonomi Bio Malaysia pada 2011 yang akhirnya membawa kepada pelancaran Program Transformasi bio ekonomi (BTP) pada Oktober 2012.

Dalam usaha memudahkan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi melalui bio ekonomi, BTP memberi tumpuan kepada tiga bidang utama dengan memanfaatkan bioteknologi tropika dalam sektor pertanian, pembaharuan sumber bio dalam sektor perindustrian dan produk penjagaan kesihatan yang inovatif serta perkhidmatan dalam sektor penjagaan kesihatan. Sepuluh projek permulaan EPP disenarai pendek dan 20 projek pemacu dikenal pasti daripada sektor ini.

Sepuluh projek pencetus mempunyai kesan secara langsung kepada Sabah yang terdiri daripada pelaksanaan industri bioteknologi dalam bioethanol atau pencetus biomethanol iaitu projek yang eksklusif kepada Sabah. Tumpuan utama lain Sabah akan menggabungkan bioteknologi pertanian untuk pengeluaran baja penyubur bio yang tertumpu di POIC Lahad Datu (Kluster Industri Minyak Sawit).

Selain itu, inisiatif Koridor Pembangunan Sabah (SDC) juga menubuhkan Kluster Marin Bersepadu, KILC (Kluster Ternakan Bersepadu Keningau) dan SAIP (Wilayah Agro-Industri Sabah) yang menawarkan peluang untuk memanfaatkan pembangunan bioteknologi dan inovasi.

Menurut Anthonie Versluis, syarikat rundingan Partner In Roland Berger Consultants, Sabah dan Sarawak boleh terus meneroka sumber utama untuk aktiviti berasaskan bio bagi tenaga hidro. Bagaimanapun, cabaran seperti kekurangan bekalan buruh, logistik dan infrastruktur perlu diatasi jika mahu meraih potensi besar Malaysia Timur ini melalui bio ekonomi.

Kepelbagaian bio yang ditemui di Gunung Kinabalu adalah lebih banyak daripada yang ada di seluruh Eropah.

Walaupun Malaysia ada hanya 0.2% kawasan tanah di dunia, ia mempunyai salah satu daripada biodiversiti yang kaya dengan flora dan fauna di bumi. Dengan kejayaan pelaksanaan, ini akan menyediakan Malaysia manfaat yang berpotensi menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada ekonomi bio utama di Asia Tenggara.

KIra-kira 40% hingga 50% daripada flora dan fauna di dunia ditemui dalam hutan hujan Borneo yang tidak terjejas akibat Zaman Ais dan oleh itu mengekalkan warisan biodiversiti yang besar. Kepelbagaian bio yang ditemui di Gunung Kinabalu adalah lebih daripada seluruh Eropah. Lagipun, kekuatan Sabah terletak di lokasi yang strategik yang dikenali dunia sebagai Segitiga Terumbu yang kaya dengan kepelbagaian marin.

Ekonomi berasaskan bio melengkapkan sektor teras utama sedia ada di Sabah, iaitu pertanian, pelancongan dan pembuatan yang digariskan dalam rangka kerja pembangunan Halatuju gagasan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman. Bio ekonomi akan membantu negeri ini yang sudahpun makmur, membangunkan sektor pertanian dan membantu memelihara warisan biodiversiti mega di Sabah dengan menggabungkan ekopelancongan dalam sektor pelancongan utama.

Pemejalan lanjut bio ekonomi di Sabah dibuat dengan inisiatif SDC dan menimbulkan potensi negeri itu menjadi salah satu penyumbang utama negara dalam mencapai sasaran BTP untuk mewujudkan 16,300 peluang pekerjaan, RM10 bilion dalam pelaburan dan RM3.6 bilion PNK (Pendapatan Negara Kasar) menjelang 2020.

Pasaran di peringkat global bagi bioteknologi dijangka mencapai USD321 bilion menjelang 2015. Kajian Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dalam bio ekonomi menganggarkan sumbangan sehingga kira-kira 2.7% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui bioteknologi menjelang 2030. OECD juga meramalkan saham yang lebih tinggi daripada KDNK dalam negara-negara bukan OECD berikutan kepentingan lebih besar daripada sumbangan pengeluaran utama dan perindustrian kepada KDNK masing-masing. – Insight Sabah

Diterbitkan pada Februari 27, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on