SESB

SESB kini dalam Facebook dan Twitter
Pengarah Urusan SESB, Ir. Abdul Razak Sallim (kedua kiri) diiringi oleh Ir. Ahmad Fuad B. Md Kassim Pengurus Besar Kanan Pengurusan Aset SESB (kiri); Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid Pengurus Besar Kanan Pembangunan Aset SESB (kedua kanan); dan Ismail Chekima Ketua Pegawai Penerangan SESB (kanan) di pelancaran rasmi Facebook dan Twitter SESB

Oleh Fizah Yusof

Laman rangkaian sosial menjadi lebih berguna pada masa kini dan banyak syarikat dan agensi-agensi kerajaan memilih untuk menggunakan saluran komunikasi ini. Rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan lain-lain menjadi saluran bagi orang ramai berinteraksi, berkongsi dan berbincang maklumat.

Menyedari manfaat daripada rangkaian sosial ini, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) juga melancarkan Facebook dan Twitter rasminya dan mereka melakukannya di Hotel Palace Kota Kinabalu, semalam.

Ir. Abdul Razak

Pengarah Urusan SESB, Ir. Abdul Razak Sallim berkata, saluran media yang baru ditambah itu akan membolehkan pelanggannya mendapatkan maklumat terkini mengenai status bekalan tenaga kerana berita akan dikemaskini dalam masa beberapa minit selepas menerima laporan daripada bahagian operasi.

"Kami mahu memberi pelanggan kami perkhidmatan yang terbaik. Kami mensasarkan untuk memberikan maklumat yang betul kepada pihak yang betul, pada masa yang tepat dan melalui saluran yang betul," katanya.

Ir. Abdul Razak berkata, SESB menyedari sepenuhnya potensi internet.

"Ia membuatkan kerja kita lebih cekap dan membolehkan kita untuk mencapai 488,000 pelanggan kita dengan lebih cepat dan membolehkan kami membuat strategi untuk menangani kebimbangan mereka. Kini, pelanggan boleh melaporkan kes kerosakan secara langsung melalui laman sosial," katanya.

Beliau juga berkata, melalui laman web, facebook dan twitter, pelanggan akan disediakan dengan maklumat yang boleh dipercayai mengenai perkembangan SESB, operasi, maklumat yang boleh membawa kepada peluang perniagaan. - Insight Sabah

Diterbitkan pada Februari 26, 2013

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on