Budaya

Langkah pelihara budaya etnik untuk anak cucu

Dari kiri: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Presiden Persatuan Bangso Bajau Sama, Datuk Hajiji Mohd Noor  bersama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman

Oleh M. Izham B. Hashim
Gambar oleh Victor Lo

Presiden Persatuan Bangso Bajau Sama (PBBSS) Datuk Hajiji Mohd Noor, mengumumkan rancangan untuk membina sebuah pusat baru budaya khusus untuk memelihara dan mempromosi tradisi, seni dan warisan kaum Bajau-Sama.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Presiden Persatuan Bangso Bajau Sama, Datuk Hajiji Mohd Noor

Bercakap di majlis pelancaran Persatuan Bangso Bajau-Sama (PBBSS) di Dewan Seri Sulaman Tuaran, Hajiji berkata, pusat kebudayaan itu akan menjadi pusat baru sosial dan budaya orang Bajau-Sama dan ianya akan menyediakan landasan untuk memaparkan tradisi menarik, seni dan budaya kumpulan etnik itu kepada pelancong luar dan tempatan.

"Ini adalah detik bersejarah bagi negara yang secara rasminya mengiktirafkan kaum Bajau Sama sebagai budaya asli yang berbeza di Sabah.

"Dengan tertubuhnya persatuan ini, orang-orang Bajau-Sama boleh bersatu dan sama-sama bergerak ke hadapan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang wujud dalam dunia moden yang pesat berubah tanpa melepaskan identiti dan budaya mereka," katanya.

Ribuan orang menghadiri pelancaran persatuan Bajau-Sama itu, yang diiringi dengan lagu-lagu dan persembahan tarian yang mempamerkan budaya kaum Bajau-sama.

Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, persatuan itu juga akan memainkan peranan penting dalam kemajuan kaum Sama Bajau dan masyarakat lain melalui pemerkasaan sosio-ekonomi dan pendidikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman

Dalam ucapannya, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman memuji usaha masyarakat Bajau Sama untuk membentuk persatuan mereka yang komited kepada pembangunan sosial dan kebudayaan masyarakat itu.

"Kita mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan budaya masing-masing, tradisi dan sejarah yang membentuk sebahagian daripada identiti budaya Sabah," katanya.

Musa menekankan pentingnya memelihara dan mempromosi warisan budaya masyarakat untuk mengelak ia daripada dilupakan dan hilang.

Sehubungan itu, beliau menggesa golongan muda untuk menyertai persatuan dan membabitkan diri dengannya.

Beliau berkata, persatuan itu akan menyediakan platform yang betul untuk generasi muda untuk membangun rasa kesedaran, penghargaan dan pemahaman terhadap budaya kaum Bajau Sama.

Presiden Persatuan Perniagaan dan PerIndustrian Lotud, Pediman Jabau.

Musa juga mengingatkan masyarakat itu supaya memelihara keamanan dan keharmonian antara kaum yang berbeza dan bekerjasama demi untuk kepentingan negara

Sempena dengan pelancaran rasmi persatuan itu, Persatuan Suang Lotud (PSLS) juga memperkenalkan kalendar Lotud, yang dianggap oleh masyarakat sebagai warisan yang tidak ternilai diturunkan demi untuk generasi baru.

"Masyarakat etnik Suang Lotud mempunyai cara tersendiri yang unik untuk mengira hari-hari yang berbeza dan bulan, upacara lama untuk menentukan hari-hari yang paling sesuai untuk bertunang, berkahwin, menanam padi malah untuk membina sebuah rumah baru," kata Presiden Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Lotud, Pediman Jabau.

"Ini adalah tradisi yang tidak ternilai kerana ia diturunkan dari generasi ke generasi. Inilah sebabnya kiita telah memutuskan untuk mendokumentasi dan memelihara khazanah budaya ini sebelum ianya hilang selama-lamanya," katanya. - Insight Sabah.

 

Diterbitkan pada Februari 24, 2013

Carian lain:

Bajau-Sama, PBBSS, Musa Aman, Hajiji

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
State Assemblymen Swearing in Ceremony

State Assemblymen Swearing in Ceremony

View

Closing Ceremony of IT training for usage of IOS and Android

Closing Ceremony of IT training for usage of IOS and Android

View

The 6th Biennial Sabah Games (SAGA) 2013

The 6th Biennial Sabah Games (SAGA) 2013

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on