Industri makanan

Perniagaan baik untuk usahawan

<b>Pameran hasil pertanian Sabah</b>: Ketua  Menteri Datuk Musa Aman dan timbalannya, Datuk Yahya Hussin  (<i>kiri</i>) yang juga menteri pertanian dan industri  makanan.

Usahawan Sabah akan dibantu sepenuhnya

<b>Normadiah</b>: Buatan dari Semporna.Makanan akan sentiasa menjadi satu perniagaan yang besar. Ia perniagaan baik bagi nelayan Saldikun Ali Lampong, 41, dan isterinya Normadiah, 40, di mana enam tahun yang lalu, mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menjual isi ketam beku dari kediaman mereka di pulau Bum Bum, dekat Semporna, kira-kira 300 km dari Kota Kinabalu. Mereka menjualnya kepada pengusaha gerai dan kedai runcit. Kini mereka ada kilang membuat keropok daripada isi ketam, terima kasih kepada geran RM150,000 diperolehi daripada Jabatan Perikanan Sabah.

Dengan nasib baik pada 2006, Encik Saldikun membekalkan ratusan kilogram isi ketam setiap minggu kepada peti pembekuan di Kota Kinabalu. Beliau merekrut 12 rakan nelayannya untuk menangkap ketam untuk memenuhi permintaan. Jabatan Perikanan Sabah memberi mereka masing-masing bot berharga RM10,000 khas untuk menangkap ketam.

Kementerian luar bandar persekutuan dan wilayah menemui dan menggalakkan mereka untuk belajar membuat biskut atau keropok menggunakan isi ketam yang mereka tangkap. Mereka menyertai kursus latihan Mardi. Manakala Jabatan Perikanan Sabah mengajar mereka bagaimana membungkus dan memasar produk itu.

<b>Saldikun</b>: Kejayaan demi kejayaan.

“Kami diberi geran sebanyak RM150,000 oleh Jabatan Perikanan Sabah untuk mewujudkan kilang," kata Saldikun. Maka lahirlah Sokai Enterprise. Ia memenuhi standard Sirim. Mereka ada lima pekerja yang kesemuanya lepasan sekolah.

Saldikun masih membekalkan kira-kira 200 kg isi ketam beku kepada pelanggannya di Kota Kinabalu setiap minggu. "Apabila saya memulakan perniagaan ini, saya tidak memiliki peti pembeku," katanya. "Saya beli 10 kg blok ais pada harga RM5 setiap satu untuk membekukan isi ketam. Tidak lama kemudian Jabatan Perikanan memberikan saya pembeku."

Saldikun adalah salah seorang daripada kira-kira 100 usahawan yang mempamerkan produk mereka di pameran pertanian, hortikultur dan agro-pelancongan (MAHA) di Padang Merdeka di Kota Kinabalu pada 27 Mac. Pameran dua hari itu mempamerkan kebanyakan daripada hasil pertanian Malaysia dan peneraju kepada pameran antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun sekali.

Pameran MAHA tahun ini diadakan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEP) pada Ogos.Noh Omar, menteri pertanian dan industri asas agro persekutuan berkata, 28 negara akan mengambil bahagian dalam pameran itu di mana dua juta pelawat dijangka mengunjunginya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata, pertunjukan MAHA itu yang diadakan pertama kali di Sabah, memberikan pendedahan kepada ahli perniagaan Sabah mengenai produk pertanian mereka. Dan Saldikun merancang untuk menjual produknya di luar negara.

Noh berkata, kementeriannya akan membantu Sabah membangunkan perniagaan sarang burung, ikan hiasan dan industri rumpairnya. – Insight Sabah

– Reported by Elizabeth Majaham
 

Diterbitkan pada Mac 29, 2010

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on