Perayaan kebudayaan
Pemimpin sambut perayaan dengan rakyat

Perpaduan 1Malaysia dipamer di Foh Sang
“Ini adalah perayaan bagi saya. Saya sukakan kumpulan orang ramai bersama pemimpin kami." kata akauntan Wong Soo Tin, 38, ketika dia menyertai Datuk Dr Yee Moh Chai, menteri pembangunan sumber dan teknologi maklumat bersama 3,000 hadirin untuk merayakan tahun baru Cina di Foh Sang, di Kota Kinabalu pada 26 Februari.
Majllis tahun baru Cina, Pentarama Bersama Rakyat itu adalah yang pertama dianjur oleh Jabatan Penerangan Sabah. Orang ramai dihiburkan bukan saja dengan tarian naga dan singa serta seni mempertahankan diri. Mereka juga menikmati persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian tradisional dalam bahasa Cina, Melayu dan Kadazan sebagai mencerminkan konsep 1Malaysia iaitu perpaduan negara berbilang kaum.
"Kami nampak orang Kadazandusun, Melayu dan India serta yang lain-lain di sini," kata Dr Yee yang merasmikan majlis itu. "Ini benar-benar mencerminkan konsep 1Malaysia. Ini disebabkan Sabah sentiasa aman dan harmoni. Saya harap keharmonian ini akan dikekalkan."
Adrian Chung, 12, murid darjah enam di sekolah Chung Hwa di Likas berasa kagum dengan persembahan seni mempertahankan diri dan dentuman gendang.
"Saya sentiasa sukakan tarian naga dan singa," katanya. "Saya suka tengok keganasan naga dan singa. Ia menjauhkan semangat jahat." – Insight Sabah
– Reported by Jenney Juanis.
Diterbitkan pada 27-02-2010 12:31 pm
