Budaya
Permulaan hubungan baik antara Sabah-China

Sabah tunjuk hubungan baik dua hala
Kira-kira 5,000 orang memenuhi Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu pada 16 Februari untuk menyaksikan persembahan berwarna-warni kebudayaan oleh 41 penari dari China. Ia adalah permulaan yang cukup baik untuk tahun Harimau dalam Kalendar Cina untuk memupuk hubungan dua hala yang erat di antara Sabah dan China melalui pertukaran kebudayaan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang melancarkan "Festival Musim Bunga Malaysia-China" pada hari ketiga perayaan Tahun Baru Cina itu berharap, pertukaran kebudayaan itu akan membawa kepada kerjasama akademik dalam aspek penyelidikan keunikan tradisi rakyat untuk memupuk persefahaman di peringkat antarabangsa.
Musa turut menyampaikan cek bernilai RM100,000 bagi pihak kerajaannya kepada Persatuan Persekutuan Cina Sabah (FCAS) untuk penganjuran persembahan kebudayaan itu.
Beliau berharap, pertukaran kebudayaan itu akan terus berkembang dan kelembapan ekonomi sejagat tidak dijadikan sebagai alasan untuk 'melawat di antara satu dengan yang lain.'

Kehadiran orang ramai itu, termasuk Menteri Luar, Datuk Anifah Aman sebagai tetamu kehormat, berasa teruja melihat persembahan tarian dan lagu yang dipersembahkan penari dari China.
Sebelum itu dalam mesej Tahun Baru Cina, Musa meminta rakyat Sabah untuk terus memupuk keamanan dan keharmonian melalui keunikannya iaitu perpaduan dalam kepelbagaian.
Beliau memberi jaminan melaksanakan pembangunan ekonomi yang lebih baik pada tahun baru ini sebagai projek dibawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang bernilai RM105 bilion. SDC dijangka menyediakan 900,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah.
Kerajaan Sabah katanya, akan terus memberi bantuan kewangan untuk 'menempatkan rumah ibadat, termasuk kuil Cina' sebagai memegang kebebasan beragama.
-- Reported by Jenny Juanis and Henry Matakim
Diterbitkan pada 19-02-2010 03:00 pm
