Budaya Cina
Kisah tarian singa papar perpaduan di Sabah

Ketua Menteri seru belia kekalkan tradisi
Jika keterujaan terhadap festival tarian naga, unikon dan singa pada 6 Februari sebagai kayu pengukur, budaya Cina bukan saja hidup di Sabah tetapi menjadi katalis bagi perpaduan kaum. Kira-kira 1,500 belia daripada kaum Cina dan bukan Cina menyertai 68 kumpulan penari membuat persembahan di festival itu yang menunjukkan rasa saling memahami di antara satu dengan yang lain. Dan ini membuatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman berkata, perpaduan kaum seperti itu adalah ciri-ciri penduduk di Sabah yang menjadi contoh unggul kepada konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Datuk Najib Razak.
Pegawai negeri berkata, jumlah itu adalah daripada 39 kumpulan penari pelbagai kaum yang mengatasi jangkaan acara itu yang dianjurkan oleh Persatuan Komuniti Bersatu Cina Sabah. Ia adalah pembuka kepada perayaan tahunan tahun baru Cina pada 14 dan 15 Februari ini.
Di masa lalu, pemimpin masyarakat Cina merungut bahawa tarian kebudayaan mereka seperti singa dan naga akan punah begitu saja kerana belia Cina di sini tidak lagi berminat menari. Sebaliknya, belia bukan Cina, terutama Melayu dan Kadazandusun, berminat untuk menarikannya. Malah jumlah mereka adalah yang paling ramai ketika menari tarian singa dan memukul gendang mengikut ritma dan ini menyebabkan ramai ketua tarian Cina yang tua berasa malu.
"Saya mahu lebih ramai belia mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan ini," kata Musa memberitahu kira-kira 10,000 orang yang datang di Padang Merdeka di Kota Kinabalu yang menyaksikan tarian dan seni mempertahankan diri selama lebih dua jam itu. "Kita mesti kekalkan keunikan kita."
Katanya, acara kebudayaan seperti itu akan membuatkan golongan belia lebih berdisiplin kerana mereka belajar bekerjasama secara harmoni sebagai satu pasukan dan menjadi aset kepada masyarakat.
Persembahan seperti itu juga mengkagumkan ramai rakyat asing yang berada di sana untuk menikmati pertunjukan itu.
"Budaya anda kaya dan berwarna-warni," kata Sebastian Tardy, 29, yang terbang dari kampung halamannya di Bordeaux Perancis, untuk bertemu dengan teman wanitanya di Penampang, yang dikenalinya melalui internet beberapa tahun yang lalu.
“Dia adalah Kadazandusun tetapi saya difahamkan yang sesetengah anggota keluarganya merayakan tahun baru Cina. Saya tidak mahu terlepas menikmati perayaan itu ketika berada di sini," katanya.
Kerana minatnya terhadap tarian singa, Genevieve Simon, 28, dari Penampang tidak mahu terlepas menyaksikan pertunjukan itu. Dia bekerja sebagai penolong pentadbir di jabatan statistik Pelancongan Sabah sejak lapan tahun yang lalu.
"Saya perasan ramai datang tahun ini berbanding tahun lalu," katanya. "Saya juga nampak ramai pelancong. Ini bagus untuk pelancongan negeri."
Bagi Michael Tham, 26, salah seorang penari tarian singa dengan Persatuan Hakka Kota Kinabalu, ia melakukannya untuk kerja-kerja amal. Dia menyertai pasukan itu lima tahun yang lalu dan sentiasa menanti untuk pergi dari rumah ke rumah ketika perayaan Tahun Baru Cina bersama pasukan penarinya.
"Kami dapat fung pau (paket merah mengandungi wang) untuk diberi kepada persatuan kami bagi melaksanakan kerja-kerja kebajikan," katanya. "Kadang-kadang kami dapat RM1,000 sehari. Kami tidak dibayar melakukan tarian ini."
Sementara itu, di Tanjung Aru Plaza pada 7 Februari, Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, merasmikian pertunjukan tarian singa untuk mengutip RM14,000 untuk kebajikan. Wang itu akan diberi kepada organisasi seperti Bukit Harapan, Seri Mengasih, Sabah Thalassemia Society, Yayasan Suria, Don Bosco dan Bakti Harapan.
Victor Lu Heng Long, yang mengetuai kumpulan tarian singa dan naga San Sheng Gong dalam persembahannya berkata, kebanyakan daripada 36 ahli kumpulannya bukan berbangsa Cina.
"Peliknya, belia Cina tidak berminat jika dibandingkan dengan kaum Melayu dan Kadazandusun ketika membuat persembahan tarian singa dan naga," kata Lu, menambah bahawa mereka mengambil masa kira-kira enam bulan untuk melatih seorang penari. "Kami semua sukarelawan. Menyertai kami adalah senang. Kami alu-alukan sesiapa yang berminat menyertai kumpulan penari kami. – Insight Sabah
– Reported by Jenney Juanis and Ng Jia Xiang
Diterbitkan pada Februari 08, 2010
-
Do not take for granted the support given by the people. We, the elected representatives, must work hard to ensure the promises we made during the 13th general election are implemented accordingly.
The newly reappointed Sabah Chief Minister, Datuk Seri Panglima Musa Aman, speaking at a thanksgiving ceremony held at Sandakan's Sri Libaran Hall on May 16th recently.
-
We know of the people's aspirations... They want development so as to raise their quality of life. This is our struggle, we want to ensure progress for the people.
UMNO Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin speaking to the Sandakan community at the 'An Afternoon with the Deputy Prime Minister' event yesterday.
-
Sabah is blessed with a wealth of natural treasures and for this reason, it is everyone’s responsibility to work together and do their part in keeping our streets, parks and beautiful beaches clean for all to enjoy.
Kota Kinabalu City Mayor Datuk Abidin Madingkir commenting on the Quality Environmental Practices Certification(5S) report presented by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) to the Cleanliness and Environmental Health Department (JKKP) of KK City Hall yesterday.
-
I encourage more companies in Malaysia to do likewise by playing a bigger role in conservation, as it is only through our collective efforts, that we will be able to pass on a beautiful country to our future generations.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman congratulated Astro for taking the initiative to organise the record breaking under water clean-up.
-
Change is already taking place and change from within is what the government has done.
Prime Minister Datuk Najib Tun Razak referring to the success of the National Transformation Program that has already changed the nation for the better.
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sabah Division provides free consultation to all workers.
Details: call
Simon at 013-8665897,
Catherine 013-8503039 or
Chang 016-5836670.
Sabah Government Pensioners Association
Sabah Government Pensioners Association - membership recruitment exercise and pensioners problem 9.30am - 1.30pm (Tues-Fri, except public holidays) at Maksak Likas.
Details:
Dennis 016-8189110,
Dr Epin 019-8101937 or
Joe Jominol 013-8692888.
Hospital visitors board of QEH
A helpline for patients and visitors.
Please direct all enquiries or complaints to: +60 88 517555, +60 88 214866 or email: ckmalph@gmail.com
KK AIDS support services Association (KASIH)
Helpline and free voluntary HIV screening tests (except Sunday & public holidays). Confidential and free. Results in 10 to 15 minutes.
Details at +60 88 224600 (Cecelia).
Breast cancer support group, Sabah Family Planning Association
Counselling and mutual support for cancer patients and their families.
Details: +60 19 8819603,
+60 88 224408 (Bhabra),
+60 16 8155212, +60 16 430341 (Kim) or
+60 19 8101826, +60 19 210570 (Lucilla).
The Cancer Society of Sabah
provides hospice, cancer awareness, education, rural health services. Counselling and advice. Consultant gynaecologist available.
Details: +60 88 210377, +60 88 222315.
FAMA Pasar Tani
at Asia City A flea market where you can buy vegetables, fish, sugar cane juice and many other agricultural produce. Open from 6 a.m. to 5 p.m. every Wednesday and Saturday. All are welcome.
Details: +60 13 5555451 (Wasri).
Malaysian Red Crescent Sabah Branch
Introduction to First Aid and CPR. Open to the public. Every third week of the month (Sat-Sun).
Details: +60 88 242648, +60 88 240776 (Fax) or email mrcssb12@gmail.com.
Fully sponsored training courses
Fully sponsored training courses on
* ICT (40+ courses)
* Microsoft Certified IT Professional(MCITP)
* Cisco Certified Network Associates(CCNA)
* Language Courses (English/Korean/Japanese/Mandarin)
By Ministry of Resource Development & Information Technology.
For more details, please click here.




