Industri

Alvin LiewJimat kos 
pilihan kilang 
yang dahagakan 
tenaga

Sekali lagi, gas asli apikan,
Perbadanan Tenaga Sabah

Oleh Rebecca Chong
Gambar oleh Ille Tugimin

Sabah sememangnya mempunyai gas asli yang banyak. Namun, Alvin Liew berkata, syarikatnya menunggu selama 11 tahun untuk mengurangkan bil tinggi penggunaan tenaga di kilangnya. Colourcoil Industries Sendirian Berhad tidak dikenakan tenaga murah untuk mengapikan ketuhar yang membuat kepingan logam berwarna untuk membina bangunan apabila syarikat itu dibuka pada 2001. Sebabnya ialah: kos yang terlalu tinggi untuk memasang saluran paip 10 km dari gas utama di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) ke kilang Colourcoil di Telipok. Ia boleh mengakibatkan kos tinggi kepada Perbadanan Tenaga Sabah, satu-satunya pembekal gas di negeri ini sebanyak RM10 juta. Dan ini juga boleh menyebabkan gas asli amat mahal dan tidak menguntungkan untuk dijual.

Musa AmanPada 19 Julai, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman melancarkan tenaga pemenang SEC mudah alih itu: gas asli mampat yang mampu mengurangkan kos penghantaran, Trak menghantar kotak-kotak kuning yang setiap satunya ada 1,500 meter padu gas asli ke kilang-kilang yang perlukan tenaga banyak seperti Colourcoil, yang menjadi  antara pelanggan pertama yang mendapat bekalan secara kontrak dari SEC. Satu lagi adalah Tomher Industrial Sendirian Berhad, kilang yang membuat tangki air plastik dan paip.

Dikenali sebagai saluran paip maya, gas dimampatkan dalam kotak-kotak di stesen induk di KKIP. Trak menghantar CNG itu ke anak stesen dekat dengan pelanggannya. Gas itu kemudian disalurkan kepada mereka. Kos permulaan SEC menurut Harun Ismail, Ketua Pegawai Esekutifnya ialah kira-kira RM13 juta. SEC menjangka untuk menampung perbelanjaan dan mengubah keuntungan apabila mendapat lebih ramai pelanggan walaupun kos operasi mungkin bertambah.

Harun IsmailColourcoil adalah yang pertama di Asia dan Pasifik yang menggunakan teknologi inframerah untuk menghasilkan gegelung keluli bersalut warna untuk pelapisan bumbung dan dinding. Liew yang juga bertugas sebagai pengurus operasi berkata, syarikatnya itu membelanjakan kira-kira RM80,000 untuk tenaga elektrik dan RM45,000 untuk gas petroleum cecair (LPG) setiap bulan untuk tenaga elektrik infra merah dan ketuhar gas.

Katanya, ia masuk akal untuk mengubahnya kepada kepada gas asli memandangkan harga LPG meningkat dari RM3.20 sekilogram kepada RM4.40 pada tahun lalu. Syarikatnya membelanjakan hanya RM80,000 untuk mengubah beberapa peralatannya untuk disesuai dengan penggunaan gas asli. Kos tenaga tahunan yang boleh dijimat syarikatnya ialah RM750,000 atau hampir 10 lagi ganda lebih daripada yang dibayar untuk penukaran.

Lim Peng LeeLim Peng Lee, pengurus kilang Tomher berkata, syarikatnya menggunakan 15,000 kilogram LPG sebulan. Nilainya ialah RM66,000. Ia tidak merugikan syarikatnya untuk mengubah kepada gas asli.

"Kami sudah ada paip memandangkan kami menggunakan LPG," katanya. "Ia hanyalah mengubah jenis gas. Ini adalah perubahan yang bagus dan kami gembira dan teruja dengannya."

Pun begitu, mereka perlu menuggu sedikit masa lagi. SEC akan hanya menghantar gas kepada mereka pada awal tahun depan. – Insight Sabah

Gerutup pada gas ►

Diterbitkan pada Ogos 02, 2012

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on