Kebudayaan dan politik
Pesta menuai 1Malaysia

Perpaduan Borneo sentuh perasaan perdana menteri;
Pairin lakukannya untuk Kadazandusun dan Murut
Datuk Najib Razak, perdana menteri sememangnya pernah membaca Insight Sabah (Kaamatan speaks for 1Malaysia). Katanya, beliau berasa tersentuh dengan cara penduduk Sabah dan Sarawak merayakan pesta menuai Kaamatan yang menjadi teladan kepada dasar perpaduannya 1Malaysia. Dan beliau memberitahu penduduk di semenanjung untuk belajar daripada negeri di Borneo bagaimana untuk hidup bersama-sama dengan aman dan harmoni. Namun, penduduk kaum Kadazadusun dan Murut yang merangkumi kira-kira satu perlima daripada jumlah 3.2 juta penduduk Sabah mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira. Najib akan memberi mereka sebuah pusat pengajian tinggi yang akan menggunakan bahasa mereka untuk mengajar dan penubuhan suruhanjaya siasatan mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini yang sudah lama dinanti-nantikan.
Perdana menteri itu memberi kegembiraan kepada penduduk Sabah. Kebajikan pendidikan dan politik merupakan sesuatu yang penting sejak allaharyam Tun Fuad Stephen dan sekumpulan penduduk natif yang berpendidikan menggunakan Kaamatan untuk merangsang kuasa politik penduduk Kadazandusun dan Murut.
Kini mereka mengawal lapan daripada 25 kawasan parlimen dan 16 daripada 60 kerusi negeri. Mereka kuasa yang genting untuk membantu pakatan Barisan Nasional yang ada 13 parti untuk kekal berkuasa. Parti dominan ialah Umno yang ada 13 kerusi parlimen di Sabah. Cina pula mengawal empat kerusi. Dalam dewan undangan negeri, etnik Cina memiliki 11 kerusi dan Umno 33.
Kaamatan bukan setakat berintipati kerohanian atau perayaan kebudayaan yang memberi penghormatan kepada tindakan Kinoingan mengorbankan satu-satunya anak perempuannya Huminodun supaya padi boleh memberi makanan yang cukup kepada penduduknya.
Fuad, Huguan Siou atau pemimpin agung pertama merekalah yang menjadikan Kaamatan kepada apa yang kita nampak sekarang. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, 71, timbalan ketua menteri mewarisi kepimpinan itu selama 36 tahun dan kekal menjadi pemimpin yang tidak dipertikaikan. Beliau tidak pernah kalah dalam pilihanraya sejak menang kerusi Tambunan pada 1976.
Pairin jugalah mengilhamkan penubuhan RCI ketika masih menteri dalam kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh sebab beliau bimbang dengan kebanjiran ramai pendatang tanpa izin dari selatan Filipina dan Indonesia pada tahun-tahun 1970an di negeri ini.
Sikap Pairin yang tenang, serius dan sensitif menawan rasa hormat dan pengaruh sejak menyertai BN pada 2002, di mana pemimpin-pemimpin persekutuan termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut mendengar pendapatnya.
Insight Sabah adalah yang pertama melaporkan pada 4 November bahawa Najib kemungkinan menubuhkan RCI selepas Pairin merayu dengan bersungguh-sungguh dalam kongres ke-26 Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 30 Oktober.
Kuala Lumpur akhirnya memenuhi permintaannya untuk menubuhkan kolej Kadazandusun dan Murut. Butiran mengenainya masih tidak banyak tetapi Najib akan melancarkannya di Kaingaran di Tambunan, kira-kira 60km dari Kota Kinabalu pada 17 Jun. Kolej itu dijangka menawarkan kursus pertanian dan penternakan haiwan menggunakan dialek Bundu Liwan.
Pada 16 Jun, Najib dijangka merasmikan perayaan Kaamatan kebangsaan di Keningau, tidak jauh dari Tambunan. Ini merupakan lawatannya pertama di pedalaman Sabah dan beliau mengikuti jejak allharyam bapanya Tun Razak Hussein pada 1962 yang kemungkinan membawanya balik kepada asal negara Malaysia di Rumah Besar, rumah milik mendiang Sedomon Gunsanad, ketua anak negeri yang berpengaruh. Di sanalah Razak yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri, meyakinkan penduduk tempatan mengenai gagasan Malaysia.
Ketika di Keningau, Najib akan melancarkan pusat ternakan bersepadu di Sook. Ia adalah projek koridor pembangunan Sabah dan dijangka mendapatkan pelaburan sebanyak RM763 juta dalam daging lembu hibrid dan lembu tenusu yang akan mengubah kawasan ini menjadi pusat ekonomi bertenaga.
Najib akan ditemani oleh isterinya Datin Rosmah yang akan merasmikan pusat kraftangan di Keningau.
Pegawai berkata, perayaan Kaamatan kebangsaan mungkin menarik kira-kira 15,000 pengunjung. Semua hotel sudah habis ditempah dan Najib akan disambut kira-kira 3,000 kanak-kanak sambil diiringi paluan 50 gong tradisional. – Insight Sabah
Pictures by Ille Tugimin
Video by Victor Lo
Tonton video ini 
Kaamatan bercakap bagi 1Malaysia ►
Semangat perpaduan Kaamatan terus hidup ►
Najib mungkin tubuh suruhanjaya siasatan pendatang haram di Sabah ►
Diterbitkan pada Jun 12, 2012
Carian lain:
Kaamatan, Joseph Pairin Kitingan, Huguan Siou, Najib Razak, Kadazandusun dan Murut
-
We know of the people's aspirations... They want development so as to raise their quality of life. This is our struggle, we want to ensure progress for the people.
UMNO Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin speaking to the Sandakan community at the 'An Afternoon with the Deputy Prime Minister' event yesterday.
-
Change is already taking place and change from within is what the government has done.
Prime Minister Datuk Najib Tun Razak referring to the success of the National Transformation Program that has already changed the nation for the better.
-
Sabah is blessed with a wealth of natural treasures and for this reason, it is everyone’s responsibility to work together and do their part in keeping our streets, parks and beautiful beaches clean for all to enjoy.
Kota Kinabalu City Mayor Datuk Abidin Madingkir commenting on the Quality Environmental Practices Certification(5S) report presented by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) to the Cleanliness and Environmental Health Department (JKKP) of KK City Hall yesterday.
-
Do not take for granted the support given by the people. We, the elected representatives, must work hard to ensure the promises we made during the 13th general election are implemented accordingly.
The newly reappointed Sabah Chief Minister, Datuk Seri Panglima Musa Aman, speaking at a thanksgiving ceremony held at Sandakan's Sri Libaran Hall on May 16th recently.
-
I encourage more companies in Malaysia to do likewise by playing a bigger role in conservation, as it is only through our collective efforts, that we will be able to pass on a beautiful country to our future generations.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman congratulated Astro for taking the initiative to organise the record breaking under water clean-up.
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sabah Division provides free consultation to all workers.
Details: call
Simon at 013-8665897,
Catherine 013-8503039 or
Chang 016-5836670.
Sabah Government Pensioners Association
Sabah Government Pensioners Association - membership recruitment exercise and pensioners problem 9.30am - 1.30pm (Tues-Fri, except public holidays) at Maksak Likas.
Details:
Dennis 016-8189110,
Dr Epin 019-8101937 or
Joe Jominol 013-8692888.
Hospital visitors board of QEH
A helpline for patients and visitors.
Please direct all enquiries or complaints to: +60 88 517555, +60 88 214866 or email: ckmalph@gmail.com
KK AIDS support services Association (KASIH)
Helpline and free voluntary HIV screening tests (except Sunday & public holidays). Confidential and free. Results in 10 to 15 minutes.
Details at +60 88 224600 (Cecelia).
Breast cancer support group, Sabah Family Planning Association
Counselling and mutual support for cancer patients and their families.
Details: +60 19 8819603,
+60 88 224408 (Bhabra),
+60 16 8155212, +60 16 430341 (Kim) or
+60 19 8101826, +60 19 210570 (Lucilla).
The Cancer Society of Sabah
provides hospice, cancer awareness, education, rural health services. Counselling and advice. Consultant gynaecologist available.
Details: +60 88 210377, +60 88 222315.
FAMA Pasar Tani
at Asia City A flea market where you can buy vegetables, fish, sugar cane juice and many other agricultural produce. Open from 6 a.m. to 5 p.m. every Wednesday and Saturday. All are welcome.
Details: +60 13 5555451 (Wasri).
Malaysian Red Crescent Sabah Branch
Introduction to First Aid and CPR. Open to the public. Every third week of the month (Sat-Sun).
Details: +60 88 242648, +60 88 240776 (Fax) or email mrcssb12@gmail.com.
Fully sponsored training courses
Fully sponsored training courses on
* ICT (40+ courses)
* Microsoft Certified IT Professional(MCITP)
* Cisco Certified Network Associates(CCNA)
* Language Courses (English/Korean/Japanese/Mandarin)
By Ministry of Resource Development & Information Technology.
For more details, please click here.




