Kesihatan
Berjalan kaki jauhi daripada doktor

Usia panjang hasil senaman setiap hari jauhkan penyakit
Oleh Rebecca Chong
Gambar oleh Victor Lo
Berjalan sepuluh ribu langkah sehari mungkin kelihatan amat sukar bagi kebanyakan orang. Namun, perjalanan sejauh 5km, bergantung kepada lebar langkah anda, mungkin boleh meningkatkan kesihatan anda, menjauhkan diri daripada penyakit pembunuh dan mengelak daripada berdepan daripada sebarang kemungkinan selain menggembirakan hidup serta memanjangkan usia. Dan senaman berjalan pada awal pagi atau petang itu mengambil masa selama sejam. Ia tidak merugikan. Apa yang anda perlu ialah baju T, sepasang seluar pendek dan kasut berjalan.
Itulah intipati mesej Datuk Yahya Hussin, timbalan ketua menteri Sabah, ketika melancarkan program kesihatan yang menggalakkan orang ramai berjalan sejauh 10,000 langkah sehari di Petagas, Kota Kinabalu. Ini merupakan susulan daripada program kementerian kesihatan persekutuan yang memulakannya pada 2009 di Kuala Lumpur. Yang pertama dilancarkan di Sabah ialah di Papar pada tahun lalu.
Kira-kira 400 orang mengambil bahagian acara itu. Yahya yang juga menteri pertanian dan industri makanan ada berita baik kepada pemantau berat badan dan mereka yang obes: mereka boleh mengurangkan 1kg selepas 16 hari berjalan kira-kira 5km setiap hari. Sebanyak 10,000 langkah boleh membakar 387 kalori atau 64 gram lemak yang ada dalam sepinggan mee goreng atau dua keping roti canai.
Kementerian kesihatan memulakan program ini sebab ia bimbang hampir separuh daripada 28 juta rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sedantari. Kaji selidik mendapati 44 daripada 100 penduduk Malaysia adalah "tidak aktif". Pegawai kesihatan berkata, mereka ada risiko tinggi menghidap penyakit pembunuh seperti sakit jantung. Angka daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan kira-kira 1.9 juta orang mati setiap tahun sebab mereka kurang bersenam. Mereka yang menjalani kehidupan sedantari berdepan dengan risiko penyakit jantung pada kadar satu setengah kali.
Pegawai berkata, pembunuh utama ialah barah, serangan jantung, strok dan diabetis; dan obesiti adalah punca utamanya. Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia dan juga di Sabah. Dua dalam lima rakyat Malaysia adalah obes dan satu bagi setiap lapan daripada mereka ada diabetis, kata Dr Nirmal Kaur, penolong pengarah utama bagi penyakit tidak berjangkit di Jabatan Kesihatan Sabah, Kota Kinabalu. Ini bermakna kira-kira 11 juta penduduk Malaysia adalah obes dan 3.5 juta daripada mereka ada diabetis.

Bagaimanapun, Sabah mencatatkan angka penghidap diabetis terendah: 5% daripada 3.2 juta orang. Namun ini tidaklah melegakan sebab ini bermakna seramai 160,000 penduduk Sabah adalah diabetik. (Negri Sembilan memiliki penghidap diabetes paling tinggi iaitu lebih daripada 15%).
Apa yang membimbangkan ialah kes-kes hipertension yang dilaporkan oleh hospital kerajaan di Sabah meningkat kepada hampir 30% sejak 2008 yang melaporkan 17,335 kes. Ada sebanyak 242 kematian akibat penyakit jantung di hospital kerajaan Sabah pada tahun lalu.
Dr Kaur menasihatkan orang ramai untuk menjadikan senaman berjalan sebagai satu tabiat. Katanya, semua patut berjalan 10,000 langkah sehari untuk kekal sihat walaupun pada amnya seseorang memerlukan sekurang-kurangnya dua jam setengah untuk bersenam setiap minggu. Katanya, mereka boleh menetapkan sasaran kecil pada mulanya dan kemudian meningkatkannya secara perlahan-lahan sehingga mampu berjalan 10,000 langkah.
"Tidak ada jalan pintas untuk mendapatkan kesihatan baik," katanya memberitahu Insight Sabah. "Bersenam adalah jawapan kepada kehidupan lebih sihat dan lebih panjang." Beliau berkata, ini mesti dilengkapkan dengan pemakanan rendah lemak, tidak merokok dan tiada alkohol.
Dr Kaur berkata, diabetis merupakan ibu kepada semua penyakit. "Ia adalah penyakit senyap yang akan menjejaskan semua organ," katanya. "Masalahnya ialah orang ramai kerap lewat mendapatkan rawatan. Tidak mudah merawat diabetis apabila ia sudah sampai ke peringkat teruk di mana banyak sudah komplikasi serius." – Insight Sabah
Diterbitkan pada Jun 01, 2012
Carian lain:
Kesihatan, Yahya Hussin, penyakit jantung, barah, diabetes, obesiti
-
I encourage more companies in Malaysia to do likewise by playing a bigger role in conservation, as it is only through our collective efforts, that we will be able to pass on a beautiful country to our future generations.
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman congratulated Astro for taking the initiative to organise the record breaking under water clean-up.
-
Sabah is blessed with a wealth of natural treasures and for this reason, it is everyone’s responsibility to work together and do their part in keeping our streets, parks and beautiful beaches clean for all to enjoy.
Kota Kinabalu City Mayor Datuk Abidin Madingkir commenting on the Quality Environmental Practices Certification(5S) report presented by the Malaysia Productivity Corporation (MPC) to the Cleanliness and Environmental Health Department (JKKP) of KK City Hall yesterday.
-
Do not take for granted the support given by the people. We, the elected representatives, must work hard to ensure the promises we made during the 13th general election are implemented accordingly.
The newly reappointed Sabah Chief Minister, Datuk Seri Panglima Musa Aman, speaking at a thanksgiving ceremony held at Sandakan's Sri Libaran Hall on May 16th recently.
-
We know of the people's aspirations... They want development so as to raise their quality of life. This is our struggle, we want to ensure progress for the people.
UMNO Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin speaking to the Sandakan community at the 'An Afternoon with the Deputy Prime Minister' event yesterday.
-
Change is already taking place and change from within is what the government has done.
Prime Minister Datuk Najib Tun Razak referring to the success of the National Transformation Program that has already changed the nation for the better.
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sabah Division provides free consultation to all workers.
Details: call
Simon at 013-8665897,
Catherine 013-8503039 or
Chang 016-5836670.
Sabah Government Pensioners Association
Sabah Government Pensioners Association - membership recruitment exercise and pensioners problem 9.30am - 1.30pm (Tues-Fri, except public holidays) at Maksak Likas.
Details:
Dennis 016-8189110,
Dr Epin 019-8101937 or
Joe Jominol 013-8692888.
Hospital visitors board of QEH
A helpline for patients and visitors.
Please direct all enquiries or complaints to: +60 88 517555, +60 88 214866 or email: ckmalph@gmail.com
KK AIDS support services Association (KASIH)
Helpline and free voluntary HIV screening tests (except Sunday & public holidays). Confidential and free. Results in 10 to 15 minutes.
Details at +60 88 224600 (Cecelia).
Breast cancer support group, Sabah Family Planning Association
Counselling and mutual support for cancer patients and their families.
Details: +60 19 8819603,
+60 88 224408 (Bhabra),
+60 16 8155212, +60 16 430341 (Kim) or
+60 19 8101826, +60 19 210570 (Lucilla).
The Cancer Society of Sabah
provides hospice, cancer awareness, education, rural health services. Counselling and advice. Consultant gynaecologist available.
Details: +60 88 210377, +60 88 222315.
FAMA Pasar Tani
at Asia City A flea market where you can buy vegetables, fish, sugar cane juice and many other agricultural produce. Open from 6 a.m. to 5 p.m. every Wednesday and Saturday. All are welcome.
Details: +60 13 5555451 (Wasri).
Malaysian Red Crescent Sabah Branch
Introduction to First Aid and CPR. Open to the public. Every third week of the month (Sat-Sun).
Details: +60 88 242648, +60 88 240776 (Fax) or email mrcssb12@gmail.com.
Fully sponsored training courses
Fully sponsored training courses on
* ICT (40+ courses)
* Microsoft Certified IT Professional(MCITP)
* Cisco Certified Network Associates(CCNA)
* Language Courses (English/Korean/Japanese/Mandarin)
By Ministry of Resource Development & Information Technology.
For more details, please click here.




