Pendidikan

Sekolah lama hidup hasil sedekah

Amirah Wahid belajar  bersama kawan-kawan Cina dalam kelasnya.  Di belakangnya ialah (dari kiri) Manchini Jiunn Chong, Chloe Mae Pang dan Raphael Lo Zheng Xuen.

Meja dan kerusi percuma dialu-alukan di Chung Hwa Kota Kinabalu

Oleh Shalina R
Gambar oleh Oliver Majaham

Dr Yee Moh ChaiLee Lam ThyeIa bermula pada 1917 sebagai sebuah sekolah swasta yang ada 30 murid. Sejak itu, sekolah rendah Cina Chung Hwa di Kota Kinabalu yang diasaskan oleh Oh Hou Teck, seorang usahawan etnik Cina dari Fujian, berkembang menjadi salah satu daripada 2,324 sekolah yang dibantu kerajaan. Bagaimanapun, ia tidak pernah berhenti daripada hidup hasil daripada sedekah. Baru-baru ini, S P Setia Foundation, terima kasih kepada timbalan ketua menteri Datuk Dr Yee Moh Chai, menyumbangkan 1,000 meja dan kerusi dengan kos RM60,000 kepadanya. Pemberian itu tepat pada masanya bagi menggantikan meja dan kerusi yang sudah uzur di 48 bilik darjahnya, kata Chong Lee Li, guru yang setia bersama sekolah itu sejam 15 tahun.

Tan Sri Lee Lam Thye, pengerusi yayasan itu berkata, Dr Yee memberitahu yayasan itu mengenai masalah yang dihadapi sekolah berkenaan. Dengan rasa yakin dan tanpa banyak cakap, Dr Yee yang juga menteri pembangunan sumber dan teknologi maklumat, turut membantu kerja-kerja pembaikan sekolah dan gelanggang bola keranjang sekolah itu, kata Eng Thiam Leong, pengetua sekolah berkenaan. Pada 2005, Dr Yee mengilhamkan kad ucapan hari guru di mana murid-murid boleh menyatakan penghargaan kepada guru mereka setiap hari.

Dibina pada 1917 dengan hanya 30 murid, Chung Hwa kini ada 2,324 murid tetapi masih bergantung kepada kemurahan penderma.

Yayasan S P Setia adalah sayap amal kepada salah satu konglomerat properti Malaysia. Ia akan mengubah kawasan Keretapi Negeri Sabah seluas 25 hektar di Tanjung Aru menjadi sebuah pekan dan pusat pengangkutan dengan kos RM1.6 bilion.

Kerajaan membayar gaji kepada 89 guru sekolah itu. Namun Chung Hwa masih bergantung kepada derma untuk penjagaannya. Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kota Kinabalu yang memilkinya memberinya di antara RM30,000 dan RM50,000 setiap tahun. Dan kerajaan Sabah memberikan geran tahunan sebanyak RM80,000.

Pelajar tidak perlu membayar yuran. Kira-kira 30% daripada murid di sana adalah Melayu, Kadazandusun dan Murut.

Lee berkata, yayasan itu memberi RM150,000 kepada tadika di Penampang dan Keningau. Ia juga membayar RM188,000 untuk pusat pembelajaran komuniti di Kampung Kalampun di Keningau. – Insight Sabah

Selenggai emas

Kad guru meluahkannya

Sabah beri penghormatan
kepada guru

Pendidik disayangi

Diterbitkan pada Jun 05, 2012

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
Heart of Borneo International Conference

Heart of Borneo International Conference

View

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

View

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on