Kerajaan

Mei bulan untuk bergembira

Kenaikan gaji pekerja, durian runtuh 17,000 kakitangan awam dan persaraan umur 60 tahun

Musa Aman

Nampaknya, Mei merupakan bulan baik untuk kira-kira tiga juta pekerja di seluruh negara dan lebih 17,000 kakitangan awam Sabah ketika mereka merayakan Hari Buruh. Pekerja-pekerja di Sabah dan Sarawak kini akan mendapat gaji minimum RM800 dan RM900 bagi mereka di semenanjung. Dan pekerja kerajaan Sabah akan mendapat durian runtuh daripada tunggakan kenaikan gaji mereka daripada bulan Januari.

Ia merupakan tindakan halus untuk perseimbangan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memperkenalkan gaji minimum sehari sebelum Hari Buruh. Gaji terendah menurut Najib yang juga menjawat menteri kewangan, dijanjikan pendapatan yang "boleh mengeluarkan mereka daripada kemiskinan dan membantu mereka memenuhi kos taraf hidup yang tinggi." Kerajaannya yakin kenaikan gaji itu tidak akan membebankan majikan.

Bagaimanapun pakar ekonomi berkata, kebanyakan majikan sedia membayar pekerja mereka melebihi gaji minimum. Namun ia melegakan mereka yang berpendapatan lebih rendah daripadanya dan menjamin pekerja baru gaji yang selesa.

Ia mungkin satu rahmat bagi Najib yang dijangkakan untuk mengumumkan pilihan raya akhir bulan ini atau bulan depan. Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra dan Presiden Taiwan Ma Ying-jeou menang besar dalam pilihan raya selepas menaikkan gaji minimum kepada rakyat mereka.

Kakitangan awamKenaikan gaji di antara 7% dan 13% bagi kakitangan awam Sabah dibawah skim gaji baru Malaysia akan menyebabkan kerajaan Sabah mengeluarkan kira-kira RM61.4 juta setahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, selepas mesyuarat kabinet di Kota Kinabalu pada 2 Mei, pekerja boleh menjangkakan gaji baru dan gaji tunggakan pada akhir bulan ini.

Kerajaannya juga melanjutkan usia persaraan dari 58 kepada 60 tahun bermula Januari. – Insight Sabah

Gambar oleh Ille Tugimin

Diterbitkan pada Mei 03, 2012

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on