Politik

Musa Aman nafi dakwaan Sarawak Report

 

 Ketua Menteri Sabah berkata ia adalah "tindakan fitnah dan konspirasi"

Berikut adalah kenyataan akhbar tidak diedit daripada Jabatan Ketua Menteri Sabah:

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman berkata dakwaan rasuah yang dilemparkan kepadanya oleh pemberi maklumat dari laman sesawang Sarawak Report merupakan tindakan memfitnah dan konspirasi yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, yang selama ini membawa banyak pembangunan dan peningkatan kebajikan rakyat.

"Saya nafikan semua dakwaan itu. Saya mahu sekali lagi mengatakan bahawa saya tidak ada kaitan perniagaan apa-apa dengan individu bernama Michael Chia," katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Musa berkata, dakwaan itu diterajui oleh musuh politiknya dan individu terdesak yang akan melakukan apa saja cara untuk mendapatkan keuntungan terutama menjelang tibanya pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Malang sekali bahawa ada orang di luar sana yang masih menggunakan dakwaaan kitar semula untuk sampai di atas setiap kali pilihanraya tiba. Rakyat Sabah boleh membuat keputusan mereka sendiri berdasarkan kepada rekod kerja saya. Tiada orang tidak berwajah dan tidak bernama yang menggunakan blog untuk mencapai kepentingan politik mereka."

Musa berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa jika diperlukan berbuat demikian tetapi buat masa ini tanggungjawabnya adalah bagi memastikan kesejahteraan dan pembangunan Sabah.

Katanya, beliau tidak mahu membuang masa melayan dakwaan remeh temeh itu dan menambah keutamaannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah dan mentadbir negeri ini.

Diterbitkan pada April 12, 2012

Carian lain:

Musa Aman, Sabah

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on