Industri

Najib Razak. - <i>Gambar oleh Victor Lo</i>Satu cekup, satu
langkah gah bagi Sabah

Revolusi industri daripada
loji amonia dan urea bernilai RM4.7 billion

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan revolusi industri bagi Sabah ketika mengangkat sesekop tanah daripada kawasan loji amonia dan urea bernilai RM4.7 bilion di Sipitang pada 16 Februari. "Ini bukannya projek yang biasa-biasa," katanya. "Ia berada di tahap skala dunia."

Kenyataan Najib itu tidak terlepas daripada orang ramai yang ada di pelancaran kilang itu terutama oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang bekerja keras memastikan ia berjaya. Sipitang, kira-kira 115km dari selatan ibu negeri Kota Kinabalu merupakan sebuah pekan nelayan yang indah. Kebanyakan kira-kira 35,000 penduduknya bekerja sebagai nelayan. Sesetengah adalah petani. Namun loji yang dikenali sebagai Samur, nama pendek bagi projek amonia dan urea Sabah, sudah membingkaskan Sipitang daripada tidurnya. Ia dimiliki oleh Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sendirian Berhad, anak syarikat kumpulan Petronas Chemicals Group (PCG).

Najib menjangkakan Samur mampu memutar dan menjana banyak industri-industri yang menggunakan amonia dan urea sebagai bahan mentah, seperti kimia pertanian, glu dan kilang-kilang farmasiutikal di atas tapak seluas 830 hektar. Sebagai pulangan, ia akan memutar perniagaan lain dan Sipitang serta selebihnya di Sabah menantikan perkembangan industri yang eksponen.

Tapak loji amonia dan urea Sabah di Sipitang. - <i>Gambar oleh Victor Lo</i>

Apa yang melahirkan Samur ialah minyak dan gas; terutama gas asli yang menjadi bahan mentah bagi pengeluaran amonia dan baja. Pegawai industri berkata, kira-kira 150j kaki padu standard gas sehari akan dihantar ke Samur dari Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, 50km dari utara Sipitang. Kilang Samur itu terletak di kira-kira 69 hektar tanah yang dijangka boleh mengeluarkan 1.2j tan urea dan 740,000 tan amonia dalam masa tiga tahun. Ia dijangka memperolehi RM13 bilion setahun.

Samur akan menjadi kilang ketiga besar seumpama itu di Malaysia; loji 750,000 tan di Asean Bintulu Fertilizer Sendirian Berhad di Bintulu, Sarawak dan 683,000 tan satu daripada Petronas Fertilizer (Kedah) Sendirian Berhad di Gurun, Kedah di Semenanjung. Samur akan hampir dua kali ganda pengeluaran urea Petronas kepada  2.6 juta tan setahun dan mungkin menjadikan Malaysia pengeluar baja penyubur terbesar di Asia Pasifik, kata pengerusi PCG, Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Pekan Sipitang. - <i>Gambar oleh Victor Lo</i>

Amonia dan urea biasanya digunakan untuk membuat baja penyubur tetapi ia juga ada kegunaan lain seperti membuat plastik, gam dan ubat-ubatan.

Butiran-butiran urea. -<i>Gambar oleh Victor Lo</i>Fasa pertama kerja-kerja di loji itu, kebanyakannya membabitkan kejuruteraan sivil dengan kos kira-kira RM600 juta diberi kepada kotraktor Sabah. Sabah Energy Corporation (SEC), milik kerajaan Sabah, dilantik sebagai asosiat konsortium yang diberi kontrak utama untuk membina Samur. Konsortium itu merangkumi Mitsubishi Heavy Industries Limited Jepun, PT Rekayasa Indonesia dan Apex Energy Sendirian Berhad dari Kuala Lumpur.

Peranan SEC ialah mendaftar dan menyenarai pendek kontraktor Sabah bagi kerja-kerja sivil berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Petronas yang mempunyai kata-kata muktamad dalam memberi kontrak. Kira-kira 300 kontraktor berdaftar untuk kerja-kerja itu. – Insight Sabah

Diterbitkan pada Februari 20, 2012

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
General Election 2013

General Election 2013

View

BN Manisfesto

BN Manisfesto

View

BN Blue Wave gathering

BN Blue Wave gathering

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on