Hidupan liar

8 perkara anda patut tahu mengenai badak Sumatra Borneo

Yang paling kecil
Badak sumatra Borneo (Dicerorhinus sumatrensis harrison) merupakan sub spesies badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis). Ia adalah yang paling kecil daripada lima spesies yang masih hidup, dengan ketinggian kira-kira 145sm (4 kaki 9 inci) dengan ukuran panjang 3m dan 17sm (10kaki 5 inci). Ia mempunyai berat di antara 500kg dan 1,000kg. Ia boleh hidup sehingga 30 tahun.
Puntung, badak betina Sumatra Borneo yang dikatakan berusia di antara 20 dan 30 tahun.


Unik bagi Borneo

   Badak Sumatra ditemui di Sumatra Indonesia, Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan pulau Borneo. Namun sub spesies Borneo hanya hidup di pulau Borneo. Ia merupakan satu daripada tiga spesies yang ada dua tanduk dan satu-satunya di Asia. Dua lagi spesies badak Asia - India dan Jawa - mempunyai satu tanduk saja. Badak Putih dan Hitam Afrika mempunyai dua tanduk. Badak Sumatra dan sepupunya di Borneo mempunyai tanduk depan dengan panjang di antara 25sm dan 79sm dan satu lagi yang lebih kecil dan lebih pendek 10sm.

Rambut kelabu kemerahan memberikan mereka nama timangan "badak lebat bulu."

 


 Berdepan kepupusan

Puntung, badak betina menunggu untuk disenyawakan dengan Tam.Tiada siapa tahu berapa banyak lagi yang masih ada di hutan hujan di Malaysia timur di Sabah dan Sarawak dan wilayah Kalimatan di Indonesia dalam pulau Borneo, pulau ketiga besar di dunia. Tabung World Wide Fund for Nature (WWF) menganggarkan ada di antara 30 dan 70 badak ini. Kaji selidik pada 2005 menemui bukti ada hanya 13 badak ini di Sabah.


Manusia musuh utama

Harga tanduk badak boleh mencapai sehingga setengah juta dolar setiap satu.Badak adalah herbivor dengan makan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Mereka ada beberapa pemangsa: kucing besar, buaya, anjing liar dan anjing dubuk yang menjadikan anak badak sebagai mangsa. Namun, manusia adalah musuh terbesar mereka dan dipersalahkan sebagai punca penurunan drastik jumlah mereka. Haiwan ini diburu untuk mendapatkan tanduknya yang disalah anggap sebagai afrodisiak dan ubat penyelamat nyawa dalam perubatan herba tradisi Cina. Ia biasanya digunakan untuk merawat demam dan konvulsi. Tetapi para saintis berkata, tanduk badak yang mengandungi keratin, protein yang ditemui dalam kulit manusia, rambut dan kuku, tidak mempunyai bahan penyembuh itu.

Akhbar bebas Britain melaporkan pada Ogos bahawa harga bagi satu tanduk badak boleh sampai kepada setengah juta dolar, dengan nilainya bagi setiap kilo mengatasi harga kokain. Pemburuan mamalia ini sampai di kemuncak baru.

Pembalakan dan kegiatan menjadikan hutan menjadi kelapa sawit juga dipersalahkan atas kemusnahan badak.


Badak tidak lagi membiak dalam hutan

Mencari pasangan mengawan di hutan amat sukar.Disebabkan jumlah mereka yang semakin berkurangan, badak Sumatra Borneo mempunyai peluang kecil untuk membiak dalam hutan. Banyak daripada mereka juga terlalu tua untuk mengawan.


Tam, badak jantan sudah lama menanti

Tam, sudah bersedia untuk mengawan.Tam dikatakan badak Sumatra Borneo berusia pertengahan umur. Usia sebenarnya tidak diketahui tetapi pegawai hidupan liar berkata ia mungkin berusia lebih daripada 20 tahun, lebih kurang sama dengan usia Puntung atau lebih tua. Ia adalah usia sesuai untuk mengawan, kata mereka. Pasangan pertamanya terlalu tua untuk melahirkan anak. Ia adalah antara satu lagi badak betina dan lapan badak jantan ditangkap di antara 1984 dan 1994 bagi program pembiakan di Sabah. Ia merupakan satu-satunya yang masih hidup. Yang lain sudah mati.


Program pembiakan dalam kurungan gagal

Badak Sumatra di Zoo Cincinnati, Ohio.Cubaan pada 1984 untuk membiak badak Sumatra Borneo dalam kurungan dibawah skim yang dibroker oleh International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN) mengalami kegagalan. Kerajaan Sabah melepaskan program itu selepas organisasi bukan kerajaan Malaysia berkata, mereka bimbang badak-badak ini akan berakhir menjadi seperti di zoo-zoo Amerika.

Cabang daripada program itu ialah kerajaan Sabah mewujudkan 1,225km persegi Simpanan Hidupan Liar Tabin yang kini menempatkan Santuari Badak Borneo seluas 20 hektar berpagar yang menjadikan ia usaha terakhir untuk membiakkan badak dalam kurungan.

Kawasan berdekatan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum seluas 438km persegi juga diwujudkan.


Santuari Badak Borneo

Pada 2009, kerajaan Sabah dan Yayasan Sime Darby mengumumkan untuk menubuhkan santuari untuk melindungi beberapa lagi baki badak Sumatra Borneo dan haiwan liar lain seperti gajah pigmi, monyet proboskis, clouded leopard, lembu liar dan kenyalang. Ia terletak di kawasan seluas 4,500 hektar di Simpanan Hidupan Liar Tabin, dengan Sime Darby berikrar untuk membiayainya dengan jumlah RM7.3 juta. Kira-kira 20 hektar kawasan berpagar yang kini dikenali sebagai Santuari Badak Borneo dan cubaan kini dibuat untuk membiak badak di sana. Syarikat-syarikat kelapa sawit, WWF di Malaysia dan Jerman dan Khidmat Hidupan Liar dan Ikan AS berikrar untuk menyelamatkan badak Borneo. Santuari itu dilihat sebagai cubaan terakhir untuk membiak badak dalam tahanan untuk menyelamatkannya daripada kepupusan.

Baca mengenai orang-utan terancam ►


Diterbitkan pada

English 中文 Kadazan
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
Heart of Borneo International Conference

Heart of Borneo International Conference

View

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

CM accompanies DPM on working visit to Vietnam

View

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

DPM dialogue session with Sabah Bumiputera entrepreneurs

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on