Ekonomi

Sabah pesat dalam
kegawatan ekonomi global

Walaupun paling miskin dalam Malaysia, Sabah tetap pesat

Suria Sabah

 

Oleh Sebastian Lee 

Pelaut zaman dahulu kala di Lautan Sulu, yang memisahkan negeri Malaysia di utara pulau Borneo dengan negara Filipina, kerap berlindung di sepanjang pesisiran lautan di timur Sabah daripada cuaca buruk monsun dan taufan. Maka itu, mereka menamakan bekas jajahan British ini sebagai 'negeri di bawah bayu.'

Sejak itu, negeri di timur Malaysia yang kaya dengan sumber ini, mengekalkan gelaran ini. Berikutan kemeseletan ekonomi sekarang, Sabah ironinya, semakin pesat - dan terlindung daripada masalah kewangan yang mengancam ekonomi kebanyakan negara sejak krisis kredit melanda tahun lalu.

Ketika Amerika, Eropah, Jepun dan di negara lain menyaksikan barisan rakyatnya yang tiada pekerjaan, ramai di majikan Sabah sebaliknya merungut mengenai kekurangan tenaga kerja. Sektor properti dan binaan Sabah misalnya mengalami kepesatan yang luar biasa ketika industri binaan di seluruh dunia sedang mengalami masalah. Kompleks bangunan yang baru tumbuh di serata tempat, terutama di ibu negeri Kota Kinabalu dengan lebih banyak lagi dirancang untuk dibina dalam masa lima tahun ini.

Dalam pada itu, sukar 'mengira' wang yang dibelanjakan. Ia berjumlah berbilion-bilion ringgit di mana, kiraan terakhir kos properti dan pembangunan infrastruktur ini bernilai RM10 bilion (AS$2.8b). Ini termasuklah projek untuk membina kompleks beli-belah dan bangunan pejabat ultra moden yang berlambak, terminal lapangan terbang baru, landasan yang diperluas, terminal udara kos rendah, lebuh raya dan jejambat di Kota Kinabalu. Sebanyak RM5 bilion lagi kos untuk membina beberapa bangunan baru di ibu negeri yang dihuni kira-kira 450,000 penduduk, yang terdiri daripada etnik Cina, Melayu dan Kadazandusun.

Tidak sehari pun berlalu di sini tanpa Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan projek baru bernilai berjuta-juta ringgit. Antaranya:

  • RM5 bilion untuk loji penjana tenaga hidro dan gas
  • RM3 bilion bagi empangan baru dan dan loji rawatan air untuk mengatasi kekurangan air
  • RM2.3 bilion untuk rumah dan flat bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana
  • RM1 bilion untuk skim pengairan bagi penanaman padi
  • RM1 bilion untuk projek jalan raya dan pembetung
  • RM100 juta untuk menaiktaraf lapangan terbang Sandakan
  • Pelabuhan air dalam yang mengambil model pelabuhan di Rotterdam bernilai berbilion-bilion ringgit bagi minyak sawit dan produk berkaitan
  • Cadangan membina monorel bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memperbaiki sistem pengangkutan di seluruh Sabah yang dijangka menelan belanja beberapa bilion ringgit.

KK Times Square

Sementara itu, pemaju hartanah swasta juga tidak mahu ketinggalan dengan kepesatan yang dinikmati dengan mengiklankan beberapa kompleks beli-belah dan pejabat serta rumah agam dan kondominiumbagi mereka yang kaya.

Keadaan di mana pembangunan pesat yang berlaku di negeri ini kelihatan seperti sureal kerana masalah kewangan sedang melanda kebanyakan negara. Tidak dinafikan, wang kurang dibekalkan di tempat lain tetapi tidak di Sabah. Dan nampaknya, negeri ke-13 dalam Malaysia ini punya banyak wang. Ini membawa kepada kenangan lalu di mana Sabah kehilangan keunggulannya sebagai negeri paling kaya di Malaysia pada tahun 1970an. [Baca Daripada Miskin kepada Kaya ...]

Sejak empat tahun yang lalu, kerajaan persekutuan membelanjakan lebih daripada RM10.5 bilion untuk membangun Sabah. Masih ada RM8 bilion untuk dibelanja di bawah rancangan lima tahun, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Ketika insiatif persekutuan dan negeri menjelaskan sebahagian besar kepesatan ini, namun sumbangan pihak swasta juga adalah signifikan. Sumber industri memberitahu, ia berjumlah sepertiga daripada semua perbelanjaan yang dibantu pinjaman murah daripada bank tempatan. Sementara itu, pelaburan swasta diberi pinjaman oleh bank komersial berjumlah RM27 bilion pada akhir Jun iaitu peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding perangkaan tahun lalu.

Keyakinan terhadap ekonomi di Sabah meningkat apabila lebih daripada RM142.7 juta nilai perjanjian perniagaan, dimuktamadkan dalam ekspo antarabangsa Sabah pada tahun lalu. Ia adalah lapan kali ganda daripada yang dimeterai pada 2006.

Malangnya, paradoks Sabah ini tidak dapat dinikmati oleh sebilangan ramai penduduk negeri ini. Kebanyakan mereka tidak percaya mereka berada dalam keadaan waktu yang baik. Kegawatan global mengabui imaginasi dan jangkaan mereka terhadap kesukaran hingga menyebabkan mereka berjimat cermat dan kurang berbelanja. Sikap menahan diri dan berjimat ini bagaimanapun tidak menghentikan harga barangan daripada terus melonjak hingga ramai penduduk Sabah mengadu kos tinggi harga barangan makanan, rumah dan pengangkutan. Namun secara rasminya, kadar inflasi adalah sederhana iaitu enam peratus - dua peratus lebih tinggi berbanding purata dicatatkan kebangsaan iaitu kira-kira empat peratus.

Harbour City

Sementara itu, pengangguran kekal rendah iaitu 5.4 peratus dan pemberhentian kerja hampir tidak berlaku. Malah, jumlah jawatan kosong hampir tiga kali ganda banyak daripada kira-kira 8,000 pada 2007 kepada lebih daripada 23,000 pada tahun lalu. Kadar faedah simpanan bank jatuh kepada serendah 0.1 peratus menunjukkan bahawa bank juga punya lebihan surplus wang tunai.

Kadar pinjaman asas pula serendah 5.3 peratus, namun ada aduan daripada ahli perniagaan bahawa pinjaman bank sukar diperolehi. Bagaimanapun, pihak bank menganggap sebagai tidak munasabah cakap-cakap yang mengatakan mereka 'kedekut' untuk memberikan pinjaman, tetapi mengaku strategi dan kriteria memberi pinjaman memang telah berubah. Peraturan ketat melepaskan pinjaman dibuat untuk mengehadkan sebarang risiko dan ini memberi persepsi di kalangan orang ramai yang bank enggan memberi pinjaman.

Namun, insan di sebalik transformasi ekonomi yang luar biasa ini adalah Ketua Menteri Sabah Musa Aman, 58. Matlamat beliau ialah mengubah Sabah - kaya dengan minyak, gas asli, kayu balak, galian dan sumber lain - menjadi negeri paling maju dalam Malaysia dalam masa enam tahun. Sejak memegang tampuk pada 2003, Musa bersungguh-sungguh mencapai matlamat itu. Beliau menetapkan momentum bagi kepesatan ekonomi bagi rakyat Sabah dan mengurangkan kadar kemiskinan Sabah dari 24 peratus kepada 16 peratus. Ia adalah inisiatif yang tinggi untuk menjadikan Sabah pintu masuk bagi perdagangan, pelaburan dan pelancongan dibawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang akan menyediakan pelbagai peluang perniagaan kepada penduduknya. Ia juga dijangka dapat menarik RM105 bilion pelaburan dalam tempoh lebih 18 tahun. SDC pula akan menyediakan 900,000 peluang pekerjaan bagi kira-kira tiga juta penduduk Sabah.

- Insight Sabah.

Diterbitkan pada 01-09-2009 06:00 am

English   中文   
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
Budget day

Budget day

View

Chinese cultural torch run

Chinese cultural torch run

View

Sabah Governor's birthday

Sabah Governor's birthday

View

Quotes of the Day
I hope 2012 will bring more peace, harmony, successes and development to all of us.

Sabah Chief Minister Musa Aman speaking at the dragon, lion and unicon dance festival in Kota Kinabalu on January 14.

Most popular
What's on

Malaysian Trade Union Congress (MTUC)

Malaysian Trade Union Congress (MTUC) Sabah Division provides free consultation to all workers.

Details: call
Simon at 013-8665897,
Catherine 013-8503039 or
Chang 016-5836670.

Sabah Government Pensioners Association

Sabah Government Pensioners Association - membership recruitment exercise and pensioners problem 9.30am - 1.30pm (Tues-Fri, except public holidays) at Maksak Likas.

Details:
Dennis 016-8189110,
Dr Epin 019-8101937 or
Joe Jominol 013-8692888.

Hospital visitors board of QEH

A helpline for patients and visitors.

Please direct all enquiries or complaints to: +60 88 517555, +60 88 214866 or email: ckmalph@gmail.com

KK AIDS support services Association (KASIH)

Helpline and free voluntary HIV screening tests (except Sunday & public holidays). Confidential and free. Results in 10 to 15 minutes.

Details at +60 88 224600 (Cecelia).

Breast cancer support group, Sabah Family Planning Association

Counselling and mutual support for cancer patients and their families.

Details: +60 19 8819603,
+60 88 224408 (Bhabra),
+60 16 8155212, +60 16 430341 (Kim) or
+60 19 8101826, +60 19 210570 (Lucilla).

The Cancer Society of Sabah

provides hospice, cancer awareness, education, rural health services. Counselling and advice. Consultant gynaecologist available.

Details: +60 88 210377, +60 88 222315.

FAMA Pasar Tani

at Asia City A flea market where you can buy vegetables, fish, sugar cane juice and many other agricultural produce. Open from 6 a.m. to 5 p.m. every Wednesday and Saturday. All are welcome.

Details: +60 13 5555451 (Wasri).
 

Malaysian Red Crescent Sabah Branch

Introduction to First Aid and CPR. Open to the  public. Every third week of the month (Sat-Sun).

Details: +60 88 242648, +60 88 240776 (Fax) or email mrcssb12@gmail.com.

Fully sponsored training courses

Fully sponsored training courses on

* ICT (40+ courses)

* Microsoft Certified IT Professional(MCITP)

* Cisco Certified Network Associates(CCNA)

* Language Courses (English/Korean/Japanese/Mandarin)

By Ministry of Resource Development & Information Technology.

For more details, please click here.