Utiliti

Pengguna manfaat daripada paip keluli tahan karat

<b>Paip tahan karat</b>: Memperbaiki pengagihan air.

Jabatan air memperbaiki aliran air

Jika sebelum ini anda tertanya-tanya kenapa air 'berkarat' mengalir daripada paip anda, jawapannya ialah pada paip besi berkarat anda yang sudah usang dan bocor. Jabatan Air Sabah kini sibuk menggantikan paip itu dengan keluli tahan karat yang mahal bagi memperbaiki aliran air dan kualiti kepada pengguna di Kota Kinabalu, kata timbalan pengarahnya, Lim Lam Beng.

Eksasais itu juga akan mengurangkan kadar kehilangan air yang tidak terhasil (NRW) yang hilang ketika pengagihan kepada pengguna - kepada lebih separuh di Sabah.

Paip besi yang sudah usang memerangkap endapan dalam permukaannya yang kasar apabila tanah memasuki melalui lubang kecil yang bocor akibat hakisan. Ini menyebabkan air tercemar. Lama kelamaan, paip akan tersumbat dan ini mengakibatkan aliran air terjejas.

Lim berkata, paip keluli tahan karat yang diguna oleh negara-negara kaya boleh tahan sehingga 30 tahun. Bergantung kepada panjang paip dan sehingga pada pangkal meter air, setiap penggantian itu akan memakan belanja di antara RM1,000 dan RM2,000. Sejak 2007, Jabatan Air sudah menggantikan lebih daripada 7,000 paip. Enam kontraktor melakukan kerja-kerja pemasangan itu.

Ada kira-kira 64,000 pengguna air di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar.

“Tujuan utama eksasais ini dilakukan ialah mengurangkan kadar kehilangan air yang tidak terhasil," kata Lim. "Ada banyak faktor berlaku NRW dan paip bocor adalah salah satu daripadanya."

Lim berkata, loji rawatan baru yang mengeluarkan lebih banyak air dan dengan tekanan tinggi ketika pengagihan, kemungkinan besar menyebabkan lebih banyak paip usang untuk bocor. – Insight Sabah

– Reported by Elizabeth Majaham

Diterbitkan pada Disember 29, 2009

English 中文
Bookmark and Share
Your Comment

Your email address already exist, please sign in to post your comments

Fields marked with (*) are REQUIRED
CAPTCHA ImageReload Image
In pictures
State Assemblymen Swearing in Ceremony

State Assemblymen Swearing in Ceremony

View

Closing Ceremony of IT training for usage of IOS and Android

Closing Ceremony of IT training for usage of IOS and Android

View

The 6th Biennial Sabah Games (SAGA) 2013

The 6th Biennial Sabah Games (SAGA) 2013

View

Quotes of the Day
Most popular
What's on