Kewangan
Buffett tawar $5b selamatkan Bank of America

Urusan akan dimeterai pada 1 September
Warren Buffet tiba untuk menyelamatkan Bank of America Corp, bank terbesar Amerika dengan pelaburan $5 bilion ditengah-tengah kebimbangan yang kapital bank itu boleh dikembangkan lagi dengan lebih banyak kerugian akibat pinjaman gadai janji dan liabiliti undang-undang yang dikaitkan dengan bon miliknya.
Dalam perjanjian yang dijangka dapat diadakan pada 1 September, Berkshire Hathaway Inc, sebuah syarikat insurans milik Buffett, akan membeli $5 bilion saham yang dipilih dan menerima waran untuk membeli 700 juta saham.
Penganalisis kewangan melihatnya sebagai tindakan Buffett untuk menyelamat Bank of America seperti yang dilakukannya kepada Goldman Sachs and General Electric ketika ia dilanda krisis kewangan.
Waran itu mewakili 6.5% taruhan dalam Bank of America apabila ia digunakan sepenuhnya. Buffett tidak sepatutnya memiliki lebih daripada 14.9% daripada bank itu.
Penganalisis berkata, peranan Buffett dalam membantu ekonomi dan sistem kewangan menjadi simbol penting berikutan kurangnya pilihan polisi kerajaan AS dan Simpanan Persekutuan untuk merangsang permintaan.
Diterbitkan pada 26-08-2011 04:00 pm
Carian lain:
